Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cucu atok bonceng motor
Kredit: LiyanaOnley
Tiada Kategori

Comel, Gelagat Cucu Ikut Atuk Jalan-Jalan Raih Perhatian 

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Comel, Gelagat Cucu Ikut Atuk Jalan-Jalan Raih Perhatian

Kehidupan warga emas di kampung, hanya berdua bersama pasangan sedikit sebanyak mengundang rasa sunyi apabila anak-anak sudah berhijrah ke tempat orang. Jika sebelumnya, kepulangan anak dari sekolah, asrama mahupun lawatan belajar disambut dengan penuh gembira, kini kepulangan cucu ke kampung pula yang dinanti.

Kehadiran cucu membawa seribu kebahagiaan buat datuk dan nenek, mengisi rasa sunyi. Tidak cukup dengan hidangan air tangan nenek, ke mana sahaja datuk pergi, pasti ingin dibawa sekali. Bukan itu sahaja, melihat datuk yang ingin keluar ke kedai atau juga ke kebun, pasti membuatkan cucu teruja dan ingin ikut bersama.

Seorang pengguna TikTok, Liyana, berkongsi video kenang-kenangan anak sulungnya yang kelihatan begitu gembira dapat mengikut datuknya ke pasar.

“Amboi, bahagianya ikut atok jalan-jalan pergi pasar sambil mencanai,” kongsinya.

BACA: Video Warga Emas Memasak Raih Perhatian, Ramai Terimbau Kenangan Dengan Nenek

Menerusi video perkongsiannya, kedua pasangan datuk dan cucu kelihatan tersenyum lebar di pagi hari. Setelah dipakaikan datuknya topi keledar, kedua mereka menaiki motosikal sambil dirakam Liyana. Gelagat cucu yang memeluk datuk sehingga ke ketiak mengundang tawa.

“Jangan geletek atok,” pesannya sambil tertawa geli hati.

Video kenangan itu diakhiri dengan rakaman yang dihantar oleh datuk kepada Liyana ketika kedua mereka bersarapan di sebuah kedai makan.

Kredit: LiyanaOnley

Menurut Liyana, perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan bagi anak sulungnya.

“Memang kebiasaan akan ikut atok atau neneknya pergi mana-mana, macam beli sarapan di tempat berdekatan guna motor,” ujarnya.

BACA: Gelagat Bapa Pujuk Anak Cuit Hati Ramai, Bikin Sebak Imbau Kenangan Lalu

Gelagat kedua-dua pasangan datuk dan cucu ini mendapat pelbagai reaksi warga maya. Rata-rata terharu melihat datuk yang menggagahkan diri demi cucu.

“Tu atok tu bukan gagah sangat tu. Kerana cucu, apa pun boleh. Itulah atok,” kata seorang warga maya.

“Atok walaupun tak berapa nak kuat, dia suka melayan cucu,” ujar seorang lagi.

Kredit: LiyanaOnley

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang turut terimbau kenangan bersama datuk masing-masing.

“Aduh, teringat pula kat atok budak-budak ni. Masa sihatnya dulu, sebelum pakai kerusi rosa, selalu la bawa Fawwaz pergi gunting rambut kalau balik kampung,” imbau seorang warga maya.

“Hmm sedihnya. Teringat dekat arwah tok aki dan arwah tokbak,” ujar seorang lagi.

“Kenangan ni yang saya rindukan. 10 tahun dah atok pergi. Semoga dipanjangkan umur dan sihat selalu, pak cik,” kata seorang warga maya.

BACA: “Bila Bapak Budak Healing,” Lelaki Bina Kereta Api, Siap Boleh Keliling Rumah

Sumber: LiyanaOnley