Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Wanita Warga Malaysia Di Mesir, Sembuh, Dibenarkan Keluar Wad

Gambar Hiasan via Google

KUALA LUMPUR, 2 April — Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir mengesahkan seorang wanita rakyat Malaysia yang positif COVID-19, sembuh dan dibenarkan keluar hospital pada Rabu.

Kementerian dalam satu kenyataan di laman Facebooknya dalam Bahasa Arab berkata wanita itu seorang daripada 22 pesakit yang sembuh, selepas menerima rawatan mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun, kementerian itu tidak mendedahkan butiran lanjut.

“Bilangan pesakit sembuh dan discaj dari hospital seramai 179 pesakit,” kata kementerian.

Sehingga Rabu, Mesir menyaksikan seramai 779 orang disahkan dijangkiti COVID-19 dan 52 lagi meninggal dunia.

Sebelum ini Bernama melaporkan berdasarkan sumber persatuan pelajar Malaysia di Mesir, terdapat seorang penuntut perempuan dari Malaysia dikuarantin di Hospital 15th Of May di Kaherah kerana disyaki mempunyai gejala COVID-19, selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat kesihatan di ibu negara itu baru-baru ini.

Menurut persatuan berkenaan penuntut wanita itu berusia lingkungan awal 20-an dan sedang mengikuti kursus pengajian Islam di sebuah universiti di Kaherah, dimasukkan ke hospital sejak 22 Mac lalu.

“Kami dimaklumkan pelajar itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar Mesir atau mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19,” kata sumber itu.

— BERNAMA