Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
barang dalam kereta panas
Gambar: AI/ImageFX

Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta 

Hannah

Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Bagi ramai orang, kereta bukan sekadar kenderaan, melainkan sudah jadi macam ‘rumah kedua’.

Mana tidaknya, setiap hari kita guna kereta untuk ulang-alik kerja, hantar anak ke sekolah, beli barang dapur dan macam-macam lagi.

Disebabkan itu, memang biasa kalau ada barang yang tertinggal dalam kereta. Kadang-kadang sebab terlupa, kadang-kadang memang sengaja simpan untuk kegunaan kemudian.

Tapi, dalam cuaca panas dan kering yang melanda banyak tempat sekarang, ada barang-barang tertentu yang sangat berbahaya kalau ditinggalkan dalam kereta.

Bukan saja boleh rosakkan barang tu sendiri, malah boleh jejaskan keselamatan dan kesihatan anda.

Jadi, kami senaraikan 6 benda yang tak patut langsung dibiarkan dalam kereta ketika cuaca panas, seperti yang dikongsi oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.

1. Makanan & minuman

Jangan sesekali tinggalkan makanan atau minuman dalam kereta, lebih-lebih lagi jika disimpan dalam bekas plastik.

Ini kerana haba panas dalam kereta boleh mencecah sehingga 70 darjah Celsius. Suhu setinggi itu boleh menyebabkan bahan kimia dari plastik meresap masuk ke dalam makanan atau minuman.

Jika dibiarkan berjam-jam atau berhari-hari, makanan tersebut bukan saja rosak dan berbau, malah boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan.

2. Powerbank

Powerbank memang penyelamat bila bateri telefon tinggal satu bar. Tapi awas, jangan tinggalkan powerbank dalam kereta.

Gajet ini menggunakan bateri lithium ion yang menyimpan tenaga dalam kuantiti besar. Bila terdedah kepada suhu panas terlalu lama, bateri boleh kembung dan berisiko untuk meletup.

Jadi, walaupun kecil dan nampak tak bahaya, powerbank yang dibiarkan dalam kereta panas boleh mendatangkan risiko besar kepada kenderaan dan keselamatan anda.

3. Pemetik api

Bagi perokok atau pencinta aktiviti lasak seperti berkhemah, pemetik api memang wajib ada.

Tapi, jangan simpan dalam kereta. Di dalamnya terdapat cecair mudah terbakar yang sangat sensitif terhadap haba tinggi.

Bila terdedah kepada suhu panas dalam kereta, ia boleh meletup atau mencetuskan kebakaran.

Tak mustahil kereta boleh hangus gara-gara satu pemetik api yang dibiarkan tanpa sedar.

4. Petrol

Sesetengah orang simpan sedikit petrol dalam botol untuk kecemasan. Ini nampak bijak, tapi sebenarnya sangat berisiko.

Petrol adalah bahan mudah terbakar dan sangat reaktif terhadap haba. Bila disimpan dalam kereta yang panas, ia boleh menyebabkan letupan kecil atau kebakaran.

Selain membahayakan diri sendiri, tindakan ini juga boleh mengancam keselamatan orang di sekeliling anda.

5. Penyembur aerosol

Penyembur aerosol digunakan dalam banyak produk seperti minyak wangi, pewarna rambut, racun serangga dan cat sembur.

Namun, ia disimpan dalam tekanan tinggi dan cecair di dalamnya boleh mengembang apabila terkena suhu panas.

Bila tekanan terlalu tinggi, ia boleh meletup dan kesannya bukan saja rosakkan kereta, malah boleh mencederakan jika berlaku letupan berhampiran anda.

6. Anak-anak

Ini yang paling penting. Jangan sesekali tinggalkan anak walaupun ‘sekejap’ dalam kereta yang diparkir, terutama dalam cuaca panas.

Suhu badan mereka boleh meningkat dengan cepat, menyebabkan strok haba, kekeringan melampau dan boleh membawa maut dalam tempoh yang sangat singkat.

“Anak-anak ni bukannya bahan yang mudah terbakar ataupun mudah meletup tapi kalau tinggal sekali anak-anak korang dalam kereta, korang yang akan meratap, korang yang akan menangis atas kehilangan,” pesan @altimatsaujana.

BACA: Tip: Periksa 6 Perkara Ini Sebelum Tinggal Kereta Terlalu Lama

BACA: Tip: 5 “Lubang” Dekat Kereta Korang ‘Wajib’ Jaga

BACA: Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak

Sumber: Altimat Saujana Utama/TikTok