Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tip: 5 “Lubang” Dekat Kereta Korang ‘Wajib’ Jaga

Hannah
lubang kereta wajib jaga
Kredit: TikTok @jamesyip_

Tip: 5 “Lubang” Dekat Kereta Korang ‘Wajib’ Jaga

Di Malaysia, hampir setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Kenderaan ini sudah menjadi satu keperluan asas, sama ada untuk ke tempat kerja, ambil anak di sekolah, beli barang dapur, dan pelbagai urusan harian lain.

Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap pemilik kereta mengharapkan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan tip-top. Tapi, apabila kereta mula ‘buat hal’, kehidupan seharian kita boleh jadi huru-hara.

Sebab itulah penting untuk kita kenal dan faham kereta sendiri, bukan sekadar tahu isi minyak atau tukar tayar.

Ramai tak sedar bahawa terdapat beberapa bahagian tersembunyi pada kereta yang boleh menjadi punca masalah jika diabaikan.

Khas untuk korang yang tak nak kereta jadi berbau busuk, berkulat, atau mungkin rosak. SK kongsikan senarai 5 “lubang” penting dekat kereta yang korang wajib jaga dan bersihkan secara berkala.

1. Lubang saliran pintu kereta

Biasanya, setiap pintu ada beberapa lubang kecil di bahagian bawah bertujuan untuk mengeluarkan air yang meresap masuk melalui celah tingkap.

Sekiranya lubang tersebut tidak dibersihkan, air yang bertakung di dalam akan menghadirkan bau busuk. Malah, air yang masuk juga berisiko menjejaskan pembesar suara elektronik yang berada di bahagian sisi pintu.

2. Lubang saliran sunroof (Bagi kereta ada bumbung suria)

Kalau kereta korang ada sunroof, wajib tahu yang bumbung ini ada saluran khas untuk alirkan air hujan ke luar. Tapi bila daun, habuk atau lumut tersumbat dalam saluran ni, air akan takungan dan mula masuk ke dalam kabin.

3. Lubang sekitar penutup tangki minyak (Fuel cap area)

Biasanya, pemilik kenderaan tidak ambil pusing dengan keberadaan lubang ini dan hanya fokus mengisi minyak semata-mata.

Lubang saliran berkenaan bagaimanapun sebenarnya perlu dibersihkan selalu.

Kalau ada kotoran, pasir atau air yang masuk masa kita buka tangki, ia boleh masuk terus ke dalam sistem bahan api.

Tangki boleh tercemar dan enjin mula bergegar atau semput. Lebih teruk, boleh jadi punca sistem fuel injector rosak.

4. Lubang saliran tempat simpan tayar ganti (Spare tyre compartment)

Dekat but kereta, biasanya ada ruang khas untuk simpan tayar ganti. Tapi ramai tak tahu, ada lubang kecil dekat bawah tu untuk elakkan air bertakung.

Kalau tersumbat, kawasan tu akan jadi kolam mini – air akan bertakung dan menyebabkan bau hapak, karat dan lambat laun tayar simpanan pun boleh rosak.

5. Lubang saliran cermin depan (Windscreen drainage)

Lubang saliran ini juga perlu dibersihkan kerana daun-daun atau habuk mudah terperangkap pada bahagian berkenaan.

Jika lubang saliran ini jarang dibersihkan, pemandu mungkin dapat mengesan bau-bau yang kurang enak ketika memandu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Tip: Periksa 6 Perkara Ini Sebelum Tinggal Kereta Terlalu Lama

BACA: Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak

BACA: Tip: Ini 5 Benda Yang Tidak Patut Anda Tinggalkan Dalam Kereta

Sumber: TikTok @jamesyip_