Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cuaca Panas: Tiga Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Cuaca Panas
Kredit: Bernama

Cuaca Panas: Tiga Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh Malaysia.

Menurutnya, terdapat 3 kawasan kini berada pada Tahap 1 atau tahap berjaga-jaga.

Ia melibatkan kawasan Sri Aman dan Kuching di Sarawak.

Manakala satu lagi kawasan yang diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 iaitu Telupid di Sabah.

Setakat hari ini, MetMalaysia tidak mengeluarkan sebarang kawasan atau titik panas di Semenanjung.

"Tahap berjaga-gaga menyaksikan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," katanya.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan kemas kini status cuaca panas harian bagi seluruh Malaysia.
  • Tiga kawasan berada pada Tahap 1, membabitkan Sri Aman, Kuching dan Telupid.
  • Tiada kawasan atau titik panas di Semenanjung disenaraikan MetMalaysia setakat hari ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan