Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cuba Usik Mengenai Kekalahan Liverpool, Jawapan ‘Win’ Dr Zulkifli Ini Buat Ramai Terhibur

Gambar: Google

Seperti yang diketahui, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, sememangnya merupakan seorang peminat tegar pasukan bola sepak Liverpool.

Beliau sering menunjukkan sokongan kepada pasukan bola sepak tersebut melalui laman sosial terutama di Twitter.

Pasukan bola sepak Liverpool baru-baru ini juga telah menamatkan penantian selama 30 tahun dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 26 Jun lalu.

Malangnya, perlawanan yang menentang Manchester City semalam menyaksikan mereka kecundang dengan 4-0 sekaligus memberi tamparan kepada mereka.

Menariknya, seorang pengguna Twitter mengusik Dr. Zulkifli mengenai perlawanan tersebut dan jawapan yang diberikan oleh beliau mendapat perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan reaksi beliau.

Sumber: Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri