Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dah Amal Dekat 10 Tahun, Wanita Kongsi Tip Berkesan Kurangkan Habuk Dalam Rumah
Semakin besar sesebuah rumah, semakin banyak masa yang diperlukan untuk membersihkan kawasan rumah tersebut.
Secara logiknya, semakin besar juga sesuatu ruang itu, maka semakin banyak jugalah habuk yang terkumpul.
Situasi tersebut turut bergantung kepada jenis perudaraan dan jumlah perabot yang ada dirumah.
Kandungan habuk yang terlalu banyak sudah tentu tidak memberikan keselesaan kepada penghuni. Mata mungkin terasa sakit dan hidung cepat terasa gatal bila terhidu habuk-habuk itu.
Jadi, apa penyelesaiannya kepada masalah-masalah habuk ini?
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wawa Fatimah (@wawa_fatimah) berkongsi tip untuk mengurangkan habuk di dalam rumah.
Difahamkan, tip tersebut telah diamalkan selama 10 tahun, sejak kali pertama wanita tersebut menetap di rumah berkenaan.
Wawa menjelaskan, bahawa bahagian dinding dan lantai perlu dimop secara berkala bagi mengelakkan pembentukan habuk.
Larutan air mop bagi kedua-dua tempat ini juga berbeza. Campuran cuka dan pewangi baju diperlukan bagi bancuhan untuk mop dinding. Manakala, bancuhan air mop lantai pula perlu menggunakan air panas.
Jelas Wawa, jika ada kekangan masa, beliau hanya mengemop pada bahagian dinding dan lantai sahaja.
Sebaiknya-baiknya, lantai perlu disapu dengan penyapu lidi dan dibersihkan dengan pembersih vakum untuk mendapat hasil yang lebih baik.
Wawa menambah, tip ini bukan sahaja dapat mengurangkan habuk malah dapat mengurangkan kehadiran haiwan seperti tikus, lipas, cicak dan sebagainya.
Anda juga boleh tonton video dibawah untuk memahami lanjut tip yang diamalkan oleh Wawa.
BACA: Tak Ada Selekoh Langsung, Kenali Lebuh Raya Terlurus Di Dunia Sepanjang 255km
Semoga bermanfaat.
Sumber: @wawa_fatimah via TikTok