Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
bahagian sisi gigi duit syiling
Kredit: Scottsdale Bullion & Coin

Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Walaupun duit syiling jarang dibawa, namun ada kalanya ia masih diperlukan. Jika dahulu, fungsinya tentu banyak, namun hari ini duit syiling sering kali digunakan ketika membeli barangan di kedai runcit.

Jika anda amati, tentu anda perasan pada bahagian sisi duit syiling, terdapat corak bergigi atau berlekuk-lekuk. Walaupun bukan semua duit syiling mempunyai corak bahagian lingkaran tepi yang sama, namun hampir semua duit syiling ada gigi ini.

Ada beberapa syiling yang memiliki rekaan bergerigi yang rapat, apa pula yang berjauhan.

Tahukah anda bahawa rekaan tersebut diwujudkan bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan. Pada zaman dahulu, kebanyakan duit syiling diperbuat daripada logam-logam berharga seperti perak dan tembaga.

Ini dapat dilihat menerusi sejarah duit Amerika Syarikat. Negara itu membuka lombong pertamanya pada tahun 1792. Selepas itu, fasiliti berkenaan mula mengeluarkan duit syiling tembaga pertama berjumlah 11,178 keping untuk diedarkan.

Seterusnya, duit syiling perak pula dikeluarkan selepas itu. Ia kemudian dikaitkan dengan Piawaian Perak, mengikut Akta Perlombongan dan Syiling 1792.

Hal ini bermakna, kebanyakan duit syiling ‘major’ yang dihasilkan memiliki kandungan logam separuh daripada nilai kandungan logam berharga itu. Duit syiling dolar pertama yang dihasilkan pada 1794 mengandungi kandungan perak sebanyak 89.25 peratus dan kandungan tembaga sebanyak 10.75 peratus.

Maka, bahagian sisi yang bergigi telah diwujudkan bagi dua tujuan keselamatan untuk duit syiling perak. Pertama, corak itu menjadi eleman tambahan yang menyukarkan ia dipalsukan.

Manakala yang kedua pula, corak itu juga menghalang penipuan.

Bagaimana bahagian ini dapat menghalang penipuan?

Duit syiling yang diperbuat daripada logam berharga dan tanpa corak gigi, ia membuka ruang kepada aktiviti yang disebut sebagai coins clipping.

Pelaku akan mengikis sedikit demi sedikit bahagian logam pada bahagian sisi duit syiling, mengumpulkan hasil kikisan itu dan menjualnya untuk mendapatkan wang.

Perbuatan ini dilakukan dengan sangat berhati-hati. Duit syiling yang dikikis mungkin tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara, seperti saiz dan berat.

Jadi, pelaku mungkin masih boleh menggunakan duit syiling berkenaan untuk sebarang transaksi.

Dengan adanya corak bergigi ini, sebarang perbuatan mengikis bahagian lingkaran tepi duit syiling boleh dikesan dengan mudah. Apabila dikikis, bahagian bergigi ini boleh menjadi haus dan memudahkan proses pengecaman bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Namun pada hari ini, penghasilan duit syiling pada asasnya tidak lagi melibatkan penggunaan logam berharga yang terlalu banyak. Jadi, peluang untuk duit syiling itu dipalsukan dan dikikis sudah berkurangan.

Sebab itulah, sesetengah duit syiling tidak lagi bergigi di bahagian tepi.

BACA: Walau Sederhana, Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Disambut Meriah

Sumber: Mental Floss