Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tak lekat roadtax
Kredit: Kementerian Pengangkutan

Dah Tak Perlu Lekat Roadtax Lagi – Menteri

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Dah Tak Perlu Lekat Roadtax Lagi – Menteri

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan lesen memandu dan pelekat cukai jalan (road tax) kini sudah boleh dimiliki secara digital bermula hari ini.

Menerusi sidang medianya hari ini, beliau berkata lesen memandu dan lesen kenderaan motor atau roadtax boleh diakses secara digital menerusi aplikasi MyJPJ. Aplikasi berkenaan juga sudah boleh dimuat turun.

Beliau berkata, pembaharuan tersebut dibuat susulan aduan orang ramai mengenai pelekat roadtax yang disifatkan leceh dan menyusahkan.

Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian menerusi strategi pendigitalan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ mulai 10 Februari 2023.

Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Inisiatif pendigitalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat

Fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal (warganegara). Pihaknya akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam untuk beralih fasa- fasa seterusnya.

Tak perlu lekat roadtax lagi, dialu-alukan guna aplikasi MyJPJ

Loke turut mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital. Dengan pendekatan ini, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan.

Bagi kenderaan selain kenderaan persendirian, pengguna masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.

Orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing melalui portal awam JPJ atau menerusi aplikasi MyJPJ.

Kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM dan LMM adalah seperti berikut:

lesen road tax cukai jalan sticker digital
Kredit: Kementerian Pengangkutan

Loke menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana-mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah.

Perkara ini selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90 (1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke emel infodigital@jpj.gov.my atau talian hotline JPJ iaitu 03-2724 2522. Orang awam juga boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan di portal JPJ untuk maklumat lanjut.

BACA: Ramai Mengadu “Sticker” Cukai Jalan Mudah Koyak, Anthony Loke Janji Perubahan Besar Tahun Ini

Sumber: Kementerian Pengangkutan via Facebook