Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dari KL Ke Cyberjaya, Lelaki Kongsi Rumusan Masjid “Hopping” 7 Lokasi Mesra LRT & MRT

Masjid “Hopping”
Kredit: @aliff_hakimie_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dari KL Ke Cyberjaya, Lelaki Kongsi Rumusan Masjid “Hopping” 7 Lokasi Mesra LRT & MRT

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk lebih kerap mengunjungi masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.

Ada antara kita yang singgah ke masjid dan surau kerana urusan kerja yang tamat hampir waktu berbuka puasa.

Kesempatan itu dimanfaatkan untuk berbuka bersama-sama jemaah sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Tidak kurang juga yang mengambil peluang merasai suasana berbeza dengan mengunjungi pelbagai masjid dan surau.

Lelaki kongsi pengalaman ‘Kembara Masjid 2025’ mesra pengangkutan awam

Menerusi hantaran @aliff_hakimie_ di Threads, beliau berkongsi pengalaman mengunjungi beberapa masjid yang memberi pengalaman yang unik.

Bermula di Masjid Asy Syakirin, KLCC, perjalanan hanya memerlukan MRT ke Persiaran KLCC (Pintu C), di mana solat 8 rakaat dan 3 witir dijalankan pada jam 9.50 malam, lengkap dengan juadah berbuka dan moreh yang disediakan.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Masjid Al-Sultan Abdullah PNB118, yang mudah diakses melalui Monorel Majarajalela (Pintu B).

Di sini, solat 8 rakaat + 3 witir juga dilaksanakan pada waktu yang sama dengan hidangan berbuka disediakan, walaupun penyediaan moreh tidak pasti.

Di Balai Islam TNB, pengunjung boleh menuju ke masjid ini melalui LRT Abdullah Hukum (melalui jejantas).

Solat 8 rakaat + 3 witir dijalankan pada pukul 9.45 malam, lengkap dengan hidangan berbuka dan moreh.

Selepas itu, destinasi seterusnya ialah Masjid Jamek Kampung Baru Jalan Raja Alang, yang juga mudah menuju ke melalui MRT Raja Uda (Pintu A) atau LRT Kampung Baru.

Di sini, solat 8 rakaat dijalankan (masjid ini biasanya menunaikan 20 rakaat) dengan hidangan berbuka dan moreh turut disediakan.

Perjalanan diteruskan ke Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, yang boleh menuju ke melalui MRT Cyberjaya City Centre + Rapid On Demand atau MRT Cyberjaya Utara + Bas T504 (4 hentian).

Solat 8 rakaat dilakukan pada pukul 9.30 malam (berbanding 20 rakaat biasa), lengkap dengan hidangan berbuka dan moreh.

Destinasi seterusnya ialah Masjid Putra Heights, yang boleh menuju ke dengan mudah melalui LRT Putra Heights (lintas jalan).

Solat 8 rakaat dijalankan pada pukul 9.30 malam (berbanding 20 rakaat biasa), lengkap dengan hidangan berbuka dan moreh.

@aliff_hakimie_ turut mengunjungi Masjid Ar-Rahah Pantai Dalam, yang boleh diakses melalui LRT Kerinchi dengan menaiki jejantas melintasi Federal Highway.

Solat 8 rakaat dijalankan pada waktu yang sama dengan hidangan berbuka disediakan, walaupun penyediaan moreh tidak pasti.

Sumber:Threads