Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

DBKL Nafi Amal Dasar Pilih Kasih, Sebarang Perniagaan Yang Beroperasi Di KL Tertakluk Pada Arahan MKN

Gambar Via Bernama

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengamalkan dasar pilih kasih dalam membenarkan aktiviti perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tempoh lockdown ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat, DBKL menegaskan bahawa sebarang kebenaran untuk perniagaan beroperasi adalah tertakluk kepada keputusan atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pasar pagi terbuka adalah sama seperti pasar malam atau pasar tani yang tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk beroperasi,” kata DBKL menerusi kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak DBKL telah membuat pemantauan di lokasi-lokasi perniagaan yang dibenarkan dan sejumlah 22 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur