Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Declutter Rumah: Apakah Yang Patut Anda Singkirkan?
Gambar AI
Tiada Kategori

Declutter 7 Ruang Rumah, Ini Yang Perlu Disingkirkan

suhaila

Declutter 7 Ruang Rumah, Ini Yang Perlu Disingkirkan

Amalan declutter, iaitu membuang atau menyingkirkan barang-barang yang tidak lagi diperlukan. Amalan ini bukanlah sekadar usaha untuk mencantikkan ruang kediaman atau mencapai estetika minimalis semata-mata.

Hakikatnya, amalan ini memberi kesan yang jauh lebih besar dan mendalam terhadap kualiti kehidupan seseorang.

Apabila rumah dibersihkan daripada lambakan barang yang tidak lagi relevan, ia secara langsung membantu mencipta persekitaran yang lebih teratur, lapang dan menenangkan.

Suasana yang bersih dan kemas ini bukan sahaja menyedapkan pandangan mata, malah memberi impak positif kepada kesihatan mental kerana ia mampu mengurangkan rasa serabut dan tekanan yang sering timbul akibat persekitaran yang bersepah.

Lebih daripada itu, rumah yang terurus juga memudahkan rutin harian, menjadikan aktiviti seperti mencari barang, mengemas, mahupun berehat lebih efisien dan menyenangkan.

Secara tidak langsung, produktiviti harian meningkat kerana minda tidak lagi terbeban dengan gangguan visual atau ‘clutter’ yang tidak perlu.

Dalam jangka masa panjang, amalan declutter yang konsisten mampu menyumbang kepada kesejahteraan emosi, memperbaiki hubungan sesama ahli keluarga dan menjadikan rumah benar-benar berfungsi sebagai tempat perlindungan yang mendamaikan selepas penat menjalani kesibukan dunia luar.

Untuk memulakan proses declutter dengan teratur, berikut kami kongsikan apakah senarai barang yang patut anda singkirkan mengikut ruang di dalam rumah.

1. Ruang Tamu

Ruang tamu berperanan sebagai nadi utama rumah kerana di sinilah keluarga berkumpul, tetamu berkunjung, dan segala aktiviti sosial berlangsung.

Namun begitu, ruang ini juga sering menjadi tempat longgokan majalah dan surat khabar lama telah lama tidak dibaca. Selain menyumbat ruang, ia juga menjadi perangkap habuk yang dapat mencetuskan masalah pernafasan.

Selain itu, kusyen dan sarung kusyen lusuh atau berlubang bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah mengurangkan keselesaan.

Perhiasan kecil yang berhabuk atau rosak termasuk bingkai gambar retak sepatutnya dinilai semula sama ada masih sesuai untuk dipamerkan.

Peralatan elektronik yang lama seperti radio atau DVD player yang sudah tidak berfungsi juga perlu disingkirkan untuk mengelakkan pembaziran ruang.

Tidak dilupakan, wayar yang berselirat, alat kawalan jauh rosak, dan mainan anak-anak yang sudah patah sering kali mencemari keindahan ruang tamu. Semua ini juga wajar dipertimbangkan untuk dibuang.

2. Dapur

Dapur juga merupakan ‘jantung’ rumah yang perlu sentiasa bersih dan teratur kerana ia berkait rapat dengan soal kesihatan seisi keluarga.

Namun, dapur juga mudah menjadi tempat longgokan peralatan dapur rosak seperti periuk berlubang, blender tidak berfungsi dan alat pemotong tumpul yang hanya mengambil ruang kabinet.

Selain itu, ramai yang gemar menyimpan pinggan mangkuk yang sumbing atau retak atas alasan sentimental. Walhal ia tidak lagi selamat digunakan.

Koleksi bekas plastik tanpa penutup atau terlalu banyak juga menyumbang kepada kekusutan ruang simpanan.

Lebih membimbangkan, ramai yang terlupa menyemak rempah ratus dan makanan kering yang sudah luput tarikh bertahun lamanya.

Kain lap lusuh, botol kosong dan sudu garfu pakai buang yang tidak digunakan juga wajar dibuang bagi memastikan dapur lebih tersusun. Apabila ruang dapur bersih dan kemas, proses memasak menjadi lebih selesa dan efisien.

3. Bilik tidur

Bilik tidur merupakan ruang paling peribadi. Malangnya, ramai yang mengumpul pakaian lama yang tidak lagi muat atau jarang dipakai, kononnya untuk kegunaan masa depan yang tidak pasti.

Hakikatnya, pakaian ini hanya memenuhi almari dan menyukarkan anda mencari pakaian harian.

Begitu juga dengan stokin yang berlubang atau tidak berpasangan yang terus disimpan tanpa sebab munasabah. Tidak kurang juga koleksi beg tangan dan kasut lama yang telah rosak dan masih bertimbun dalam simpanan.

Cadar, selimut koyak atau kusam serta aksesori atau barang kemas tiruan yang berkarat langsung tidak menyumbang kepada keselesaan bilik tidur.

Malah, dokumen dan kertas lama yang tidak diperlukan sering kali memenuhi laci, menjadikan bilik tidur kelihatan berselerak. Declutter di bilik tidur akan memberikan kesan yang besar kepada kualiti tidur dan ketenangan minda anda.

4. Bilik air

Biarpun kecil, bilik air sering menjadi tempat longgokan botol syampu kosong, sabun separuh kering, dan pelbagai produk penjagaan diri yang sudah lama tidak digunakan.

Tanpa disedari, barangan ini bukan sahaja menyemak ruang, malah menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat.

Berus gigi dan berus gigi lama serta alat pencukur yang tumpul seharusnya dibuang segera kerana ia boleh mendatangkan masalah kebersihan.

Begitu juga dengan produk kosmetik atau skincare yang sudah tamat tempoh, yang jika terus digunakan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Di samping itu, tuala lusuh dan berbau juga patut digantikan demi menjaga standard kebersihan diri dan keluarga.

Dengan melakukan declutter di bilik air, anda bukan sahaja memelihara kebersihan tetapi juga meningkatkan keselesaan ketika menggunakan ruang ini.

BACA : 7 Amalan Mampu Bantu Pulihkan GERD Secara Semulajadi

5. Stor dan ruang simpanan

Stor atau ruang simpanan sering menjadi lokasi utama untuk menyimpan barang-barang ‘nanti guna’, walhal bertahun lamanya tidak pernah disentuh.

Inilah masanya untuk menilai semula barang seperti kotak kosong tanpa guna, peralatan elektrik rosak, serta perabot lama yang tidak lagi digunakan.

Begitu juga dengan barang projek DIY yang tidak pernah disiapkan. Botol cat yang sudah mengeras serta peralatan tukang rosak yang terus menghuni ruang stor tanpa fungsi.

Jangan lupa semak juga barang hadiah atau souvenir yang tidak berguna serta peralatan sukan atau hobi lama yang mungkin tidak lagi relevan dengan gaya hidup semasa.

6. Laman dan balkoni

Antara lain, ruang luar rumah seperti laman dan balkoni sering terlepas pandang dalam rutin pembersihan. Pasu bunga pecah, perabot luar rumah yang reput atau rosak serta peralatan berkebun berkarat perlu disingkirkan segera untuk menjaga keselamatan dan keindahan persekitaran.

Selain itu, mainan anak-anak yang rosak atau reput akibat cuaca serta bekas air bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk adalah antara perkara yang wajib dibersihkan.

Barang hiasan lama yang berlumut atau rosak juga tidak sepatutnya terus dibiarkan.

Membersihkan dan declutter ruang luar rumah bukan sahaja mencantikkan persekitaran, tetapi juga mencegah risiko kesihatan dan menjadikan suasana lebih menyegarkan untuk aktiviti santai bersama keluarga.

Oleh itu, mempraktikkan amalan declutter secara konsisten bukan sekadar mengurangkan sampah dalam rumah, tetapi juga memberi impak positif kepada kesihatan mental, emosi dan fizikal.

Rumah yang teratur mencerminkan minda yang lebih tenang dan tersusun. Mulakan dengan ruang yang kecil, asingkan barang mengikut kategori. Buang, derma, jual atau kitar semula, dan rasai sendiri perbezaannya.

Sumber : goodhousekeeping, becomingminimalist

BACA : Program Rumah PPR: Cara Mohon & Syarat Kelayakan