Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lokasi menarik labuan bajo
Kredit: AFP/Wonderful Indonesia

Destinasi Pencinta Alam, Ini Antara Lokasi Menarik Di Sekitar Labuan Bajo

Azizah Najib

Destinasi Pencinta Alam, Ini Antara Lokasi Menarik Di Sekitar Labuan Bajo

Terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, Indonesia merupakan syurga bagi pencinta alam. Negara ini menyajikan pemandangan dan ekosistem yang menakjubkan.

Dari hutan sehijau zamrud di Sumatera yang dipenuhi hidupan liar dan eksotik sehingga ke pantai-pantai indah di Bali dengan airnya yang jernih, memukau sesiapa sahaja yang bertandang.

Namun tahukah anda, terdapat sebuah lokasi yang tersembunyi dan pernah disebut sebagai bandar pelabuhan teluk yang usang dan romantik oleh Lonely Planet?

Kredit: AFP

Baru-baru ini, pihak Unit Penyelenggara Lapangan Terbang Komodo Labuan Bajo telah mengumumkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo. Jadi, mari kita kenali destinasi pelancongan yang penuh keindahan ini.

BACA: Penerbangan Terus KL-Labuan Bajo Bermula September Depan

Labuan Bajo, sebuah bandar nelayan yang terletak di Pulau Flores wilayah Nusa Tenggara Timur merupakan destinasi yang wajib anda pergi. Bagi yang belum tahu, Labuan Bajo bukan sahaja menyajikan suasana matahari terbenam yang indah, malah menjadi ‘pintu gerbang’ kepada beberapa lagi lokasi menarik di sekitar kepulauan itu. Anda berpeluang untuk pergi ke Taman Negara Komodo, yang satu-satunya menjadi lokasi habitat biawak komodo.

biawak komodo di labuan bajo
Biawak komodo. Gambar: AFP

Biawak komodo merupakan haiwan gergasi yang hidup di pulau berbatu dalam taman negara seluas 1817 kilometer persegi itu. Saiz makhluk prasejarah ini boleh mencapai sehingga tiga meter dengan berat yang boleh mencapai sehingga 100kg. Menghampiri saiz seekor buaya!

Antara lokasi menarik di sekitar Labuan Bajo, destinasi syurga pencinta alam

Selain menyaksikan haiwan prasejarah yang hanya ada di sini, anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Jungle trekking di Pulau Komodo dan Pulau Rinca

Bagi menyaksikan sendiri biawak komodo yang hanya ada di Pulau Komodo dan Pulau Rinca, anda perlu merentas hutan bersama renjer. Terdapat pelbagai pilihan untuk anda antaranya perjalanan merentas hutan yang hanya memakan masa 20 hingga 30 minit atau berkhemah dan bermalam di pulau yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu.

Jika anda seorang yang gila jungle trekking, anda boleh juga cuba ke Pulau Padar, destinasi unik yang menyajikan laluan berbatu seperti di gunung berapi.

Berjemur di Pantai Merah Jambu

Setelah penat merentas hutan, rugi jika anda tidak mengambil kesempatan berpijak di Pantai Merah Jambu atau Pink Beach yang mendapat namanya dari pasir pantai berwarna merah jambu yang terang. Warna ini terhasil daripada serpihan batu karang berwarna merah dari dalam laut sekeliling Labuan Bajo. Kecantikan pasir pantai merah jambu ini terserlah apabila digabungkan dengan air laut yang jernih membiru. Pastikan kamera anda ada bateri supaya anda tidak terlepas untuk bergambar dengan fenomena yang memukau ini.

Kredit: ANTARA

Berendam di Air Terjun Cunca Rami dan Cunca Wulang

Selain persisiran pantai, anda juga boleh jungle trekking menelusuri anak sungai ke Air Terjun Cunca Rami atau mendaki bukit ke Air Terjun Cunca Wulang. Kedua-dua air terjun ini boleh dilawati dalam masa satu hari, jika anda mempunyai jadual perjalanan yang terhad.

Singgah nikmati masakan tempatan

Tidak lengkap perjalanan anda jika tidak berpeluang merasai masakan tempatan. Lawati Kampung Ujung, pasar basah atau juga pasar malam di Labuan Bajo dan nikmati masakan tempatan panas-panas.

Selain yang SK senaraikan di atas, banyak lagi lokasi-lokasi menarik lain yang boleh anda kunjungi. Jadi, anda sudah boleh menabung atau merancang untuk bercuti ke sana.

Sumber: Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Discover Your Indonesia, The Curated Travelist, Waves N Backpack