Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Detik Pegawai Presiden China Dihalang Masuk Persidangan BRICS Tular

Pegawai presiden China dihalang masuk
Kredit X/@sidhant

Detik Pegawai Presiden China Dihalang Masuk Persidangan BRICS Tular

Lensa kamera berjaya merakam seorang pegawai Presiden China, Xi Jinping dihalang dari memasuki persidangan kemuncak BRICS.

Video itu dirakam sebelum bermulanya sesi persidangan BRICS di Johannesburg pada semalam.

Menerusi video yang tular di media sosial itu, kejadian dilaporkan berlaku ketika Xi Jinping sedang berjalan memasuki dewan persidangan utama.

Pegawai keselamatan China itu dilihat cuba mengejar presiden tersebut sebelum dihalang oleh pengawal yang menjaga pintu masuk dewan tersebut.

Dalam video itu lagi, Xi yang keliru dilihat berulang kali menoleh kebelakang untuk cuba memahami apa yang berlaku.

Sehingga kini masih tidak diketahui punca kepada kekeliruan itu.

Bagaimanapun, beberapa laporan menyatakan bahawa pegawai itu sebenarnya adalah penterjemah rasmi kepada Presiden Xi.

Ini adalah kejadian kali kedua yang berlaku melibatkan Xi Jinping sejak beliau menjejakkan kaki ke ibu negara Afrika Selatan itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-15.

Pada Selasa lalu, Xi dikatakan tidak menghadiri mesyuarat Forum Perniagaan BRICS dan ia telah dihadiri oleh Menteri Perdagangan China, Whang Wentao.

Mengapa beliau tidak menghadiri forum itu masih lagi tidak diketahui. Tetapi beliau kemudiannya dilihat menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.

Beliau dilihat makan malam bersama-sama dengan pemimpin Brazil dan India serta menteri luar Rusia.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada jawapan yang diberikan oleh wakil dari China tentang ketidakhadiran Xi ketika itu.

Sikap berdiam diri pegawai wakil China telah menyebabkan pelbagai spekulasi mula timbul.

Putin Mungkin Akan Ditahan Jika Lawat Afrika Selatan

Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin yang dijadual melawat Afrika Selatan pada Ogos mungkin akan ditahan jika beliau menjejakkan kaki di wilayah Cape Western, lapor Agensi Anadolu.

“Putin secara konsisten dan ganas menghakis kebebasan rakyat Ukraine dan terhadap mereka di negaranya sendiri yang berani mengambil pendirian menentang tindakan kejamnya,” kata perdana menteri wilayah itu Alan Winde dalam satu kenyataan pada. Khamis.

Untuk makluman, BRICS ialah negara blok ekonomi yang merangkumi Rusia, Brazil, India, China dan Afrika Selatan.

Sumber: Wion News, X/@sidhant