Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dimomokkan Konon Bakal Mandul Lepas Dapat Suntikan Vaksin, Doktor Ini Kongsi Bukti Sebaliknya

Kredit: Dr Ahmad/Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pelbagai dakwaan mengenai keburukan vaksin muncul di media sosial tidak kira Facebook, WhatsApp mahupun Instagram. Antaranya ialah kononnya vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kemandulan kepada individu yang mengambilnya.

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan Seksual dan Reproduktif, Dr Ahmad berkongsi kisah di mana seorang lelaki yang dimomokkan bapa mentua sendiri kononnya vaksin boleh menyebabkan kemandulan.

Namun, selepas mendapatkan vaksinasi COVID-19 dua bulan lalu, hasil analisis air mani lelaki berkenaan membuktikan sebaliknya di mana terdapat 183 juta sperma dalam 4.5 ml air maninya.

Malah, ujian ke atas air mani lelaki itu mendapati 85 peratus daripada sperma lelaki itu bergerak normal dan 90 peratus berbentuk normal, kata Dr Ahmad.

Kredit: The Concept Fertility Clinic

Menurut Healthline, jumlah normal sperma adalah antara 15 juta sehingga lebih 200 juta bagi setiap mililiter air mani. Seseorang lelaki dianggap mempunyai sperma yang rendah jika memiliki kurang 15 juta sperma per mililiter atau kurang daripada 39 juta sperma bagi setiap ejakulasi.

Sementara itu ujar Dr Ahmad, banyak kajian luar negara yang membuktikan jangkitan COVID-19 boleh menjejaskan kuantiti sperma.

Sumber: Dr Ahmad, Healthline