Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Berusia Ratusan Tahun, Persatuan Kartografi Jejaki Parit Lama Di Melaka

Persatuan Kartografi
Kredit: Encik Kartografi

Dipercayai Berusia Ratusan Tahun, Persatuan Kartografi Jejaki Parit Lama Di Melaka

Ratusan tahun berlalu, namun mungkin ramai yang tidak sedar bahawa terdapat banyak tinggalan sejarah yang masih lagi wujud di negara kita.

Walaupun landskap pembangunan telah berubah, sejarah lama wajar untuk dikaji dan diteliti semula.

Baru-baru ini, Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi) menjejaki parit lama yang berkemungkinan telah mencecah usia ratusan tahun.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Hari ini Encik Kartografi dari Etiquity Cartographic Research Centre (ECRC Malaysia) berpeluang menjelajah di sekitar Pusat Bandaraya Melaka dalam mengkaji sebahagian tinggalan sejarah yang kurang diketahui ramai.

Warisan sejarah yang dimaksudkan ialah kewujudan beberapa parit lama yang berkemungkinan telah mencecah usia ratusan tahun dan masih digunakan sehingga hari ini. Parit tersebut juga telah terpapar di beberapa buah naskah kartografi lama dan antaranya pada sekitar pertengahan abad ke-18.

Kredit: Encik Kartografi
Kredit: Encik Kartografi

Naskhah kartografi yang dirujuk dalam mengesan parit bersejarah ini ialah dengan menganalisis peta bertajuk Plan oder Grund Riss der Stadt u. Vest. Malacca yang diterbitkan pada tahun 1744. Berdasarkan peta lama yang berusia lebih 280 tahun tersebut, kelihatan sebuah parit yang kelihatan merentasi Jalan Bunga Raya lalu terus ke arah Sungai Melaka.

Eksplorasi di kawasan tapak mendapati berkemungkinan besar warisan bersejarah tersebut adalah sebuah parit yang merentasi Jalan Bendahara (Berhampiran Flat 9 Tingkat), Jalan Bunga Raya dan seterusnya ke Sungai Melaka. Terdapat beberapa bahagian binaan parit tersebut yang dibina dengan menggunakan batu laterit. Berkemungkinan merupakan binaan asal atapun binaan yang telah ditambah baik pada zaman yang seterusnya.

Kredit: Encik Kartografi
Kredit: Encik Kartografi

Walaupun kini hanya sekadar longkang biasa, sejarah sistem saliran lama yang wujud di bandar raya ini boleh diketengahkan dengan elemen kartografi lama dalam usaha menambahkan lagi produk pelancongan bersejarah. Parit ini juga terletak di salah satu laluan utama dalam menuju ke Banda Hilir dan kawasan sekitarnya.

Kajian dan penulisan oleh Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi), Etiquity Cartographic Research Centre (ECRC Malaysia).

Intipati
  • Shahrul Azzim Abd Aziz menjejaki parit lama di sekitar Pusat Bandaraya Melaka.
  • Parit itu dipercayai berusia ratusan tahun dan masih digunakan sehingga hari ini.
  • Peta lama terbitan 1744 digunakan untuk mengesan laluan parit bersejarah tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan