Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Dipercayai Sering Hina Suami, Wanita Hamil 3 Bulan Ditemui Dalam Keadaan Tragis
Seorang wanita sedang mengandung tiga bulan dilaporkan meninggal dunia dengan luka parah di leher akibat diserang oleh suaminya sendiri.
Menurut portal Tribun News, kejadian itu berlaku di Desa Air Kopras, Kecamatan Pinang Belapis, Kabupaten Lebong, Indonesia pada 5 Februari lalu.
Ayah mangsa berusia 50 tahun merupakan saksi pertama yang menemui mayat anak perempuannya sebaik pulang dari pasar.
"Saya terkejut melihat anak saya terbaring tidak bernyawa. Biliknya bersepah dan terdapat sebilah pisau di dekat mayatnya," ujarnya.
Asisten Superintendan Polis (ASP) Darmawel Saleh berkata, pembunuhan itu didorong oleh dendam dan rasa sakit hati yang telah lama dipendam oleh suspek.
"Suspek dikatakan sering berasa dihina dalam rumah tangga mereka dan mengalami tekanan akibat konflik yang berpanjangan, termasuk isu kewangan
"Lelaki berusia 23 tahun itu juga berasa tertekan dan sakit hati kerana sering dipermainkan serta tidak dihargai sehingga dendamnya memuncak," jelas Darmawel lagi.
Difahamkan, suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap, malah keluarganya pernah menasihati supaya dia kembali ke rumah ibu bapanya di Desa Lemeu, Kecamatan Uram Jaya untuk menenangkan keadaan.
Tribun News melaporkan konflik dan pertengkaran dalam rumah tangga mereka terus berlanjutan sehingga berakhir dengan tragedi.
Pada hari kejadian, mangsa, 19, berada sendirian di rumah manakala ibu mangsa yang bekerja sebagai guru sedang mengajar dan bapanya berada di pasar.
Dalam pada itu, menurut saksi, tiada jiran yang mendengar sebarang bunyi pergaduhan sebelum mayat ditemukan.
Hasil pemeriksaan perubatan menunjukkan mangsa mengalami luka mendalam di leher sehingga kepalanya hampir putus, disertai kesan cengkaman kuku di sekeliling luka.
Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira enam jam sebelum ditemukan.
Pihak polis kini sedang meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan saksi dan mengumpul bukti.