Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dirakam Di Pahang, Gambar Kreatif Milik Pemuda Ini Dimuat Naik Di IG Rasmi Apple

Gambar Via Nuaim.z

Laman rasmi Instagram Apple sering mendapat perhatian kerana ia memaparkan gambar-gambar menarik yang ditangkap oleh pengguna Iphone dari seluruh dunia.

Malah, gambar-gambar pemandangan dari Malaysia juga pernah beberapa kali dimuatnaik di laman itu sebelum ini.

Terbaru, beberapa keping gambar yang memaparkan pemandangan di Malaysia sekali lagi mendapat perhatian selepas ia dimuatnaik semalam. Gambar pemandangan di Kuantan, Pahang itu telah ditangkap oleh @Nuaim.z sejak beberapa bulan yang lalu.

Menariknya, gambar-gambar itu diambil menggunakan beberapa prop seperti botol dan pengetip kuku, ia digabungkan dengan latar pemandangan yang menakjubkan, menjadikannya kelihatan seperti magis yang sangat indah.

Perkongsian itu bukan saja mendapat perhatian dari netizen Malaysia, tetapi dari luar negara juga. Mereka memuji keindahan dan kreativiti yang ditonjolkan menerusi gambar itu.

My hometown

Stunning pictures

Menjengah ke Instagram Nuaim pula, kebanyakan gambar yang diambil oleh pemuda itu sememangnya sangat mengagumkan dengan kemahiran penyuntingan yang baik.

Sumber: Apple, Nuaim.z