Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Tugu Peringatan Negara
Kredit: Bernama

Dirasmikan 59 Tahun Lalu, Ini Sejarah Pembinaan Tugu Peringatan Negara

Athirah

Dirasmikan 59 Tahun Lalu, Ini Sejarah Pembinaan Tugu Peringatan Negara

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah, budaya dan warisan yang unik.

Dengan latar belakang sejarah yang panjang, Malaysia telah melalui pelbagai fasa, termasuk zaman kesultanan Melayu, penjajahan kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan British sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sebagai sebuah negara berdaulat, negara ini turut memiliki pelbagai simbol kebanggaan yang mencerminkan identiti nasional dan perpaduan rakyatnya.

Antaranya ialah Tugu Negara yang dibina sebagai lambang penghormatan kepada perwira-perwira yang terkorban ketika mempertahan dan memperjuang kemerdekaan negara.

Hari ini, 8 Februari, menandakan 59 tahun tugu tersebut dirasmikan.

Tugu Negara dibina untuk menghayati erti kemerdekaan

Tugu Peringatan Negara merupakan salah satu monumen bersejarah yang melambangkan pengorbanan para pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Menurut portal FELDA, tugu ini turut memiliki ketinggian 15 meter dan merupakan salah satu arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Untuk pengetahuan anda, tugu ini juga pernah mengalami kerosakan sebahagiannya apabila diletupkan oleh pengganas Komunis pada 6 Ogos 1975.

Sejarah Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur

Menurut hantaran Arkib Negara Malaysia di Facebook, Istiadat Pembukaan Tugu Peringatan Negara telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin di Kuala Lumpur pada 8 Februari 1966.

Ia dibina sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 orang perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Arkib Negara Malaysia turut memaklumkan bahawa Tugu Peringatan Negara ini merupakan satu monumen yang memaparkan tujuh lembaga atau patung manusia yang diperbuat daripada gangsa.

Ia melambangkan pemimpin, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan dalam menghadapi musuh.

Di samping itu, pembinaannya diinspirasikan oleh Perdana Menteri pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas melawat dan melihat sendiri Memorial Iwo Jima yang terkenal dengan upacara mengalungkan bunga.

Beliau kemudian meminta Felix de Weldon, seorang pengukir arca daripada Austria untuk menghasilkan sebuah tugu untuk ditempatkan di Kuala Lumpur.

Pembinaan tugu itu telah menelan belanja sebanyak $1,245,004.22 hasil kutipan dana dari tahun 1961 hingga 1965.

BACA: Tindakan Anggota Polis Trafik Selamatkan Anjing Jatuh Longkang Dipuji Ramai

Sumber: Arkib Negara Malaysia via Facebook, FELDA