Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Donnarumma Terima 10 Jahitan Selepas Terkena Kaki Pemain Monaco

Iqbal Yasir
Donnarumma Terkena kaki monaco
Gambar: AFP

Donnarumma Terima 10 Jahitan Selepas Terkena Kaki Pemain Monaco

Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma mengalami kecederaan serius di muka selepas terkena kaki Wilfried Singo dalam perlawanan Ligue 1 menentang Monaco di Stade Louis II awal pagi tadi.

Difahamkan, penjaga gawang kebangsaan Itali itu terpaksa menerima cemas sejurus insiden berkenaan.

Pemain berusia 25 tahun itu kemudiannya terpaksa dibawa keluar pada minit ke-22, digantikan oleh Matvei Safonov.

Menurut AFP, Donnarumma terpaksa menerima 10 jahitan selepas mengalami kecederaan di bahagian kanan mukanya.

Walau bagaimanapun, tiada layangan kad merah terhadap pemain pertahanan Monaco itu.

“Saya tidak tahu sama ada pengadil mengambil berat insiden itu tetapi VAR perlu campur tangan, untuk melindungi pemain.

“Untuk tidak memberi kad merah dalam situasi seperti itu, ia adalah perkara yang perlu dipandang berat,” kata kapten PSG, Marquinhos.

PSG Benam Monaco 4-2

Gambar: AFP

PSG bangkit dari ketinggalan 1-2 ke atas Monaco pada separuh masa kedua dengan tiga gol untuk terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga pada musim ini.

Pelawat terlebih dahulu di hadapan dengan jaringan penyerang Désiré Doué pada minit ke-24 sebelum tuan rumah Monaco meledak dua gol dalam masa hanya tujuh minit pada separuh masa kedua.

Ousmane Dembele tidak menunggu lama apabila kembali menyamakan kedudukan dan Goncalo Ramos menanduk masuk bola sepakan sudut bagi PSG kembali di depan dengan kedudukan 3-2.

Dembele sekali lagi meledak gol kedua dalam perlawanan itu, sekaligus mengunci tiga mata berharga pelawat.

Keputusan itu menyaksikan PSG menjarakkan jurang 10 mata dengan pencabar terdekat mereka Marseille dan Monaco.

Kali terakhir PSG tewas dalam saingan liga adalah pada Mac 2023. Skuad kendalian Luis Enrique akan menentang Lens pada Ahad dalam pusingan 64 terakhir Piala Perancis sebelum kembali menentang Monaco dalam Trofi Juara di Doha pada 5 Januari.

Sumber: Stadium Astro, AFP via France24

BACA: Lelaki Cuba Rakam Video Wanita Di Banting Ditahan

BACA: Lelaki Berenang 5 Jam Di Laut, Cari Bantuan Untuk Isteri

BACA: Ini Reaksi Rakyat China Tengok Tarian Tradisional Melayu