Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Drama, Filem Promosi Buli Dikhuatiri Cetus Perlakuan ‘Copycat’ - Asyraf Wajdi

BULI
Kredit: Bernama

Segala bentuk drama dan filem yang didakwa mempromosikan budaya buli secara tidak langsung atas alasan memberi pengajaran kepada penonton perlu dihentikan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata, kandungan sedemikian dikhuatiri memberi pengaruh negatif terhadap golongan muda, termasuk mencetuskan perlakuan ‘copycat’ atau meniru perbuatan yang dipaparkan.

“Hentikanlah segala bentuk drama atau filem yang mempromosikan buli secara tidak langsung atas nama ‘pengajaran’ yang akhirnya membawa kepada perlakuan ‘copycat’ dalam kalangan anak muda berlagak kapla, taiko, otai dan sebagainya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Gesaan itu dibuat susulan kejadian membabitkan Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.

Mangsa yang berasal dari Gemencheh itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Intipati
  • Asyraf Wajdi menggesa drama dan filem didakwa mempromosikan budaya buli dihentikan segera.
  • Beliau bimbang kandungan sedemikian mencetuskan perlakuan meniru dalam kalangan golongan muda.
  • Gesaan itu dibuat susulan kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril di Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan