Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pejabat Perdana Menteri Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG), Masrour Barzani dan kediaman ketua keselamatan wilayah berkenaan dilaporkan menjadi sasaran serangan dron Iran.
Menurut Perkhidmatan Antikeganasan Kurdistan, dron berkenaan dilancarkan dari wilayah Iran, namun belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua sasaran berkenaan benar-benar terkena serangan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua insiden tersebut.
Masrour mengutuk serangan berkenaan sebagai ancaman terhadap keselamatan wilayah itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak sah dan tidak boleh diterima.
Lapor World Politics Review, Kurdistan Iraq berdepan situasi sukar sejak perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran tercetus pada awal tahun ini.
Menurut laporan berkenaan, seorang pegawai kanan keselamatan KRG memaklumkan pada Mac bahawa wilayah itu telah berdepan lebih 250 serangan dron dan peluru berpandu sejak perang di Iran bermula, dengan kebanyakannya menyasarkan kem kumpulan pembangkang Kurdish Iran.
Pada masa sama, kumpulan militia yang disokong Iran turut melancarkan serangan terhadap pangkalan tentera AS di wilayah berkenaan, sebelum AS bertindak balas.
KRG sebelum ini berusaha mengekalkan pendirian berkecuali dalam konflik terbabit, namun kedudukannya semakin terhimpit apabila wilayah itu turut terdedah kepada kesan konflik.