Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
polis disyaki peras peniaga
Gambar: BERNAMA

Dua Anggota Polis Disyaki Peras Peniaga Burger Ditahan

Azizah Najib

Dua Anggota Polis Disyaki Peras Peniaga Burger Ditahan

SHAH ALAM, 10 Ogos (Bernama) — Dua anggota polis peronda yang disyaki melakukan pemerasan wang terhadap seorang peniaga burger sambilan telah ditahan pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata anggota terbabit ditahan sehari selepas pengadu membuat laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai peniaga burger sambilan mendakwa anggota terbabit melakukan pemerasan wang ketika ingin menghantar pesanan pelanggan ke Bukit Tinggi, Klang.

BACA: Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Orang Terkorban

Cha berkata dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi pada 6 Ogos itu, mangsa yang sedang menaiki motosikal telah ditahan oleh suspek dengan kereta peronda di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) sebelum susur keluar ke Bandar Puteri, Klang.

“Semasa pemeriksaan dilakukan oleh suspek, anggota terbabit mendapati cukai jalan motosikal ditunggang mangsa telah tamat tempoh dan dipercayai menggunakan kesalahan ini untuk meminta sejumlah wang daripada mangsa bagi mengelakkan motosikalnya disita.

BACA: Poster Papar Menara Petronas Kembar Tiga, Agensi Iklan Mohon Maaf

“Setelah berbincang, mangsa telah memasukkan wang tunai sebanyak RM90 ke dalam plastik berisi burger dan menyerahkan kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cha berkata kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

BACA: Tesla Tidak Pernah Buat Komitmen Buka Kilang Di Malaysia – Tengku Zafrul

Sumber: BERNAMA