Dua cawangan AEON BiG iaitu AEON BiG Sri Petaling dan AEON BiG Penang Prai akan menamatkan operasi pada 30 September 2026.
Dua cawangan AEON BiG tamat operasi 30 September
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi AEON BiG di Facebook hari ini, yang turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan dan kepercayaan mereka selama ini.
“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami,” menurut kenyataan itu.
AEON BiG turut memaklumkan pihaknya berharap dapat terus berkhidmat kepada pelanggan menerusi cawangan-cawangan lain di seluruh negara.
Kedua-dua cawangan berkenaan akan terus beroperasi sehingga tarikh tersebut sebelum perkhidmatannya ditamatkan.

