Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Lagi Kematian Baharu Jemaah Haji Malaysia Berlaku
MAKKAH, 7 Jun (Bernama) — Dua lagi kematian baharu dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci berlaku pada Isnin dan Selasa lepas, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini empat orang.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kematian ketiga melibatkan seorang jemaah lelaki Ghazali Ahmad, 71, dari Alor Setar, Kedah yang meninggal dunia disebabkan kegagalan buah pinggang dan pembuluh darah di perut yang tersumbat.
“Manakala jemaah keempat yang meninggal dunia ialah Normadiah Mat Ali, 53, dari Jertih, Terengganu disebabkan kegagalan fungsi organ ekoran jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya kepada petugas media dalam sidang media mingguan di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH), di sini hari ini.
Syed Saleh berkata kedua-dua Allahyarham sebelum itu telah menerima rawatan selama beberapa hari di Pusat Rawatan TH di Makkah, sebelum dihantar ke hospital Arab Saudi, namun meninggal dunia semasa mendapat rawatan.
Jenazah kedua-dua jemaah itu kemudian disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan di Tanah Perkhuburan Syuhada Al-Haram dan Tanah Perkhuburan Syaraiee di sini.
BACA: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Tertekan, Harap Kes Ini Dapat Diselesaikan Secara Baik” – Peguam
BACA: Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Pesara Hilang RM4.7 Juta
Sumber: Bernama