Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Perak dan Sarawak diramal hujan.
"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Manakala di Sarawak melibatkan Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.