Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Wanita Ditahan, ‘Sumbat’ Ratusan Haiwan Hidup Dalam Bagasi Untuk Diseludup Keluar

Gambar: Daily Mail

Dua Wanita Ditahan, ‘Sumbat’ Ratusan Haiwan Hidup Dalam Bagasi Untuk Diseludup Keluar

Dua orang wanita warga India dilaporkan telah ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok, Thailand kerana disyaki cuba seludup keluar 109 haiwan hidup termasuk tenggiling, landak dan ular.

Memetik laporan Daily Mail, perbuatan kedua-dua wanita yang berusia 38 dan 24 tahun itu terbongkar setelah mereka melalui mesin X-ray di lapangan terbang tersebut ketika ingin menuju ke Chennai, India.

Difahamkan, pihak berkuasa telah menemui 50 ekor sesumpah, 35 ekor penyu, 20 ekor ular, dua ekor tenggiling dan dua ekor landak putih yang disumbat ke dalam bagasi mereka.

Malah, dua ekor iguana yang sudah mati turut ditemui di dalam beg tersebut dan kesemua haiwan itu juga dikatakan mengalami dehidrasi.

Gambar via Daily Mail

Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan berkata haiwan-haiwan itu sedang dirawat dan akan dipindahkan ke pusat haiwan atau pusat pembiakan.

“Kes seperti ini telah berlaku berkali-kali kerana harga haiwan-haiwan itu sangat mahal di India.

“Pemerdagangan haiwan biasanya dikesan di sempadan Thai-Myanmar dan lapangan terbang domestik pada tahap tertentu,” kata Ketua Pejabat Pemeriksaan Hidupan Liar Lapangan Terbang, Sathon Konggoen.

Gambar Via Daily Mail

Tambahnya lagi, kesemua haiwan yang dipercayai dibiakkan di Thailand itu bernilai sekitar 200,000 baht (RM24,784).

Untuk pengetahuan, Thailand kebiasaannya menjadi hab transit utama bagi penyeludup hidupan liar menuju ke Vietnam atau China, di mana ia digunakan sebagai ubat tradisional.

Sementara itu, kedua-dua wanita tersebut telah didakwa di bawah Akta Pemeliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar, Akta Wabak Haiwan dan Akta Kastam.

BACA: Remaja Dipercayai ‘Seludup’ Rakannya Dalam Bagasi Ke Rumahnya

Sumber: Daily Mail

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%