Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerjaya sebagai pramugara dan pramugari sering dianggap antara pekerjaan idaman ramai kerana peluang mengembara ke pelbagai negara serta imej kerjaya yang eksklusif.
Namun, satu persoalan yang dikongsikan di Threads baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi apabila ramai bekas kru kabin tampil berkongsi sebab mereka memilih untuk meninggalkan dunia penerbangan.
Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @akidaly mempersoalkan mengapa kebanyakan bekas kru kabin dilihat beralih ke kerjaya lain seperti penghantar makanan, mengusahakan kedai makan dan pelbagai bidang lain.
“Nak tanya kepada abang, kakak pramugara dan pramugari, kenapa mostly end up berhenti kerja dan pilih kerjaya lain ya?
“Bukankah kerja di atas awan antara impian anak muda dulu dan kini? Nampak ex cabin crew memilih kerja rider, kedai makan dan sebagainya. Boleh tahu reason sebenar?” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna yang pernah berkhidmat sebagai kru kabin berkongsi pengalaman masing-masing mengenai cabaran sebenar di sebalik kerjaya tersebut.
Menurut pengguna Threads @hilmytajaluddin, pendapatan kru kabin banyak bergantung kepada jumlah jam penerbangan, sekali gus menyebabkan ramai memilih pekerjaan yang menawarkan pendapatan lebih stabil apabila usia semakin meningkat.
“Gaji bergantung dengan flying hours. Sarung uniform baru gaji jalan ditambah basic. Pada satu tahap, pendapatan yang stabil itu penting, umur makin meningkat dan keperluan hidup pun berubah.
“Cabin crew memang kerjaya terbaik untuk dikenang, tetapi untuk kembali semula memang tidak,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna, @rebanthemines, berkata faktor kesihatan turut menjadi antara sebab utama beliau meninggalkan kerjaya tersebut.
“Faktor kesihatan. Cabin crew sesuai untuk orang di usia muda sahaja.
“Anyway, resign sebab MH dah stop fly Europe. Dulu join sebab nak pergi Europe je,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna Threads @meqzayusuf pula berpendapat perubahan keutamaan hidup menjadi antara faktor terbesar yang mendorong ramai kru kabin memilih laluan kerjaya berbeza.
“Banyak faktor. As time goes by, your priority changed. Anak, family. Flying penat mental dan fizikal.
“Lama-lama you just fly with no passion left. Hari demi hari buat benda yang sama walaupun laluan berbeza. Tapi saya tetap sayang semua pengalaman yang saya dapat sepanjang 12 tahun bersama syarikat penerbangan nasional,” katanya.
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian warga maya apabila ramai bersetuju bahawa kerjaya sebagai kru kabin bukan sekadar dilihat daripada peluang melancong, sebaliknya turut menuntut pengorbanan besar dari segi kesihatan, masa bersama keluarga serta kestabilan kewangan.