Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Tiada Kategori

Edisi Ke-2 Risalah Sabah Agro Tourism Dilancarkan, Rasai Keistimewaan Durian Sabah

Azmil

EDISI KE-2 RISALAH SABAH AGRO TOURISM DILANCARKAN: RASAI KEISTIMEWAAN DURIAN SABAH

Kota Kinabalu, 13 Disember 2025 – Dalam usaha memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Sabah, Tourism Malaysia Sabah bersama rakan strategiknya, Persatuan Pengusaha Durian dan Buah-buahan Tropika Sabah (MaSDa) telah melancarkan risalah Sabah Agro Tourism – A Unique Sabah’s Farmland Experience (Edisi ke-2). Pelancaran yang diadakan di Dking, Segama Kota Kinabalu itu turut disempurnakan dengan kehadiran YB. Menteri Pertanian, Perikanan dan Makanan Sabah, YBhg. Datuk Jamawi Jaafar.

Edisi terbaharu ini meneruskan kejayaan edisi pertama yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2024 dengan menampilkan 24 pengusaha ladang buah-buahan tempatan serta pakej agropelancongan yang mempromosikan Tamparuli, Menggatal, Papar, Tenom, Tawau dan beberapa lokasi luar bandar lain yang terkenal dengan kepelbagaian pilihan durian dan buah-buahan tropika.

Antara tawaran menarik yang disediakan termasuk pelbagai pilihan jenis lawatan bermula daripada kunjungan setengah hari ke kebun durian, pengalaman inap desa berasaskan ladang, sehinggalah lawatan lengkap untuk menikmati durian unik Sabah seperti durian pulu, dalit, sukang dan lain-lain.

Setiap pakej dibangunkan melalui kerjasama dengan pengusaha ladang, komuniti setempat dan penggiat industri pelancongan bagi menyokong aktiviti agropelancongan serta membantu meningkatkan sumber pendapatan masyarakat setempat.

Puan Zuraini Abd Ghani, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata bahawa pembangunan risalah Sabah Agro Tourism (Edisi ke-2) ini mencerminkan

komitmen Sabah dalam menawarkan pengalaman pelancongan yang segar dan berteraskan komuniti.

“Edisi ini memberi peluang kepada pelawat untuk merasai sendiri kekayaan warisan agro Sabah sekali gus menyokong pembangunan pelancongan luar bandar serta penjanaan ekonomi masyarakat setempat. Ia juga merupakan salah satu usaha persiapan ke arah menyambut kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026),” katanya.

Turut berlangsung di Segama Waterfront, Kota Kinabalu ialah Durian Tourism Bazaar 2025 bermula 12 sehingga 14 Disember 2025.

Karnival anjuran MaSDa selama tiga hari ini menghimpunkan lebih 20 pengusaha durian dan buah-buahan tempatan dari seluruh Sabah, menawarkan pelbagai pilihan buah-buahan serta produk berasaskan buah-buahan kepada pengunjung pada harga yang menarik.

Penganjuran buat julung kalinya di Kota Kinabalu, dengan kerjasama Tourism Malaysia Sabah, Sabah Tourism Board, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan FAMA diharapkan dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi antara destinasi agropelancongan unggul di Malaysia serta membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan.