Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Maut Ditembak Lelaki Bersenjata Di Filipina

Gambar sekadar hiasan

Manila : Empat lelaki maut dalam insiden tembakan di Bula, Filipina pada Selasa malam, lapor agensi berita Xinhua.

Iklan

Ketika kejadian mangsa sedang berehat sambil menikmati minuman sebelum diserang dua lelaki bersenjata di Fabrica, sebuah perkampungan di wilayah Camarines Sur, selatan Manila, kira-kira pukul 8.20 malam waktu tempatan, menurut polis tempatan.

Polis turut menemui kerongsong peluru kaliber 45 dan 9 mm di tempat kejadian.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan dan memburu suspek kejadian.

Sumber : Bernama