Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
"Di Perak, beberapa daerah diramal hujan seperti Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Terengganu pula hanya di daerah Kemaman.
"Beralih ke Pahang, kawasan yang dijangka hujan adalah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan seperti Kuching (Kuching), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) dan Miri (Telang Usan)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.