Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini

Iqbal Yasir
Enam Negeri Diramal Hujan
Kredit: Bernama

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 2 pagi ini.

Menerusi kenyataan itu, amaran berkenaan dikeluarkan untuk beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, seluruh Melaka. Johor, Sarawak dan Sabah.

"Di Pahang, hanya melibatkan daerah Jerantut, manakala Negeri Sembilan di Port Dickson.

"Di Johor, hanya dua daerah diramal hujan seperti Tangkak dan Muar.

"Beralih ke kawasan Sarawak, termasuk Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Lawas).

"Bagi Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.