Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 6 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim dan Kuala Kangsar. Manakala di Kelantan pula hanya melibatkan dua kawasan iaitu Jeli dan Tanah Merah.

Pahang pula termasuk daerah Raub, Bentong, Temerloh dan Cameron Highlands.

“Di Selangor pula termasuk daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

“Beralih ke Negeri Sembilan, ia melibatkan kawasan Jelebu dan Seremban.

“Bagi Sabah pula hanya di Tawau,” maklum kenyataan itu. 

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 6 petang.
  • Amaran itu melibatkan kawasan tertentu di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.
  • Penduduk dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti perkembangan cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan