Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
everest ravichandran pendaki negara
Gambar: Bernama

“Everest Tawan Kita Tahun Ini”, Ravichandran Sebak Insiden Menimpa Pendaki Negara

Iqbal Yasir

“Everest Tawan Kita Tahun Ini”, Ravichandran Sebak Insiden Menimpa Pendaki Negara

SEPANG, 21 Mei (Bernama) –– “Selalu kita yang tawan Gunung Everest tetapi tahun ini Everest yang tawan kita,” kata pendaki solo negara, T Ravichandran dalam nada sebak mengimbau pengalamannya bersama Allahyarham Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub dan pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang.

Allahyarham Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia pada Jumaat lepas (19 Mei) selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest manakala Muhammad Hawari, 33, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848 meter.

“Tahun ini adalah kali kedua kami berjumpa dalam misi menawan Gunung Everest. Kali ini saya berada di hadapan mereka dan saya turun dari Gunung Everest menempuhi cabaran getir dalam keadaan cuaca ekstrem,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini, sebaik tiba dari Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023.

Menurut Ravichandran pada 17 Mei dia berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan mengibar Jalur Gemilang dan bendera penaja di atas gunung itu namun ketika turun dari Gunung Everest pada 18 Mei untuk menawan Gunung Lhotse (gunung keempat tertinggi dunia dengan ketinggian 8,516 meter) dia terpaksa diselamatkan dan dibawa ke Kathmandu untuk rawatan kerana kecederaan jari akibat radang dingin.

Sebagai rekod, misi Ravichandran, 58, dalam Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 ialah untuk melakar rekod sebagai pendaki pertama Malaysia menawan puncak Gunung Lhotse selepas mengibarkan bendera di puncak Gunung Everest dalam tempoh 24 jam.

Kejayaan menawan Gunung Everest kali ini merupakan kali yang keempat buat Ravichandran.

BACA JUGA: Pengarah APM Kedah Meninggal Dunia Ketika Misi Pendakian Everest

Mengenai nasib dua pendaki Malaysia itu, Ravichandran berkata: “Tanpa saya sedar (rupanya) Awang Askandar dan Muhammad Hawari juga menghadapi masa yang sukar. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka”.

Muhammad Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah dalam misi Malaysia Everest 2023.

Menurutnya walaupun berbeza pasukan dengan Allahyarham Awang Askandar dan Muhammad Hawari namun mereka sering berjumpa di Everest Base Camp (EBC) untuk rehat dan minum bersama.

“Pendaki biasanya mesra apatah lagi dalam keadaan lima sahaja orang Malaysia, oleh itu kita sangat rapat macam keluarga tidak kira bangsa, agama dan faktor usia. Pada hari menghala ke puncak Everest, Muhammad Hawari bersama saya dari Khemah 1 ke Khemah 2. Beliau seorang yang baik, walaupun bisu dan pekak namun setiap kali jumpa, kita selalu memulakan dengan pelukan dan ketuk kepala masing-masing,” katanya menitiskan air mata.

Ravichandran mendoakan agar Muhammad Hawari dapat dijumpai walaupun misi pencarian agak mencabar dengan faktor cuaca.

Beliau berkata insiden kali ini memberi impak mendalam kepada mentalnya namun beliau berharap generasi muda tidak takut dengan dunia pendakian yang sentiasa penuh cabaran dan risiko.

“Everest menawan kita tahun ini…tahun lepas kita balik dengan bangga namun tahun ini berbeza kerana kehilangan nyawa, setakat ini mencatat 10 orang termasuk pendaki dari Malaysia iaitu Awang Askandar berbanding tiga orang pada tahun lepas. Luka tahun ini agak mendalam dari segi mental,” katanya.

Menurut Ravichandran setiap kesilapan dan kekalahan yang dialami pendaki Everest Malaysia perlu dikaji semula antaranya faktor cuaca, teknikal dan latihan untuk mengurangkan risiko dalam misi menawan gunung tertinggi di dunia itu.

“Orang selalu fikir dana sahaja penting tetapi bukan, kerana banyak aspek perlu diurus dengan tepat untuk mengurangkan risiko. Kita kena mengambil inisiatif dengan serius dan tidak pandang rendah pada risiko ketika misi menakluk Gunung Everest,” katanya.

BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: BERNAMA