Skuad Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17) baru-baru ini mencuri tumpuan ramai susulan kemenangan mereka menentang Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Srikandi Merdeka 2026 di Kudus, Indonesia pada Selasa.
Apa tidaknya, skuad ini telah membelasah Arab Saudi 9-0 dengan Lim You yang berusia 14 tahun mencipta sensasi selepas meledak tujuh gol, sekali gus membantu pasukan untuk mara ke separuh akhir kejohanan berprestij itu.
Kajayaan itu menyaksikan nama skuad Malayan Tigress B-17 meniti di bibir peminat bola sepak, bukan sahaja dari negara sendiri malah juga dari negara yang menjadi tuan rumah kejohanan ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, @kumparanbolanita telah berkongsi momen lucu di antara skuad itu dan penyokongnya dari Indonesia di luar Suppersoccer Arena.
Para penyokong itu mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama Lim You dan Ku Nur Qaleysha Qaisara Ku Zainon.
Malah, terdapat penyokong yang terharu dan menangis sehingga tidak dapat berkata-kata kerana dapat bertemu dengan pemain Skuad Malayan Tigress B-17.
Fans Skuad Malayan Tigress B17 Teruja
Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut terhibur dengan tingkah peminat dari Indonesia itu yang sangat teruja bertemu pemain-pemain itu.


Disamping itu, ada juga yang meluahkan harapan agar kejohanan seperti ini dilangsungkan dengan lebih banyak lagi kerana ia sangat membantu perkembangan bola sepak dalam kalangan wanita.


Sokongan daripada peminat Indonesia itu pastinya menjadi satu lagi momen manis buat pemain muda negara selepas mencuri tumpuan dengan aksi cemerlang di atas padang.
Bukan sahaja berjaya mencipta kemenangan besar, aksi mereka di Kudus turut membuatkan Malayan Tigress B-17 mempunyai peminat dari seberang yang tidak sabar untuk bertemu dengan mereka.

