Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Fi LKM e-Panggilan Lebih Fleksibel
Kredit: Bernama

Fi LKM e-Panggilan Lebih Fleksibel Bermula Hari Ini

BERNAMA

Fi LKM e-Panggilan Lebih Fleksibel Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bermula hari ini, kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perkhidmatan e-panggilan menjadi lebih fleksibel susulan beberapa penyelarasan yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi hantaran di laman Facebook, MOT memaklumkan antara penetapan baharu itu ialah pemilik kenderaan e-panggilan kini dibenarkan memperbaharui LKM untuk tempoh yang lebih fleksibel, iaitu minimum satu bulan dan maksimum 12 bulan.

Selain itu, kadar fi terkumpul bagi tempoh pembaharuan antara satu hingga lima bulan tidak akan melebihi kadar fi LKM enam bulan, dengan pembaharuan tertakluk kepada tempoh sah permit kenderaan (eVP), laporan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) dan perlindungan insurans yang masih berkuat kuasa.

“Langkah ini memberi kemudahan kepada pengusaha e-panggilan sekali gus memastikan pematuhan peraturan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.

“Inisiatif ini selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan kecekapan serta kesejahteraan untuk semua,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, MOT memaklumkan sebanyak RM10 juta diperuntuk bagi membantu 5,000 pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun beralih kepada kenderaan baharu yang lebih selamat, cekap tenaga dan mesra alam.

Melalui Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama, penerima yang layak akan menikmati geran padanan sehingga RM2,000 daripada kerajaan, yang dipadankan oleh pengeluar kenderaan tempatan.

Inisiatif berkenaan turut melibatkan pembatalan pendaftaran melalui Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) oleh JPJ dan pelupusan kenderaan secara sah di Pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF).

Menurut MOT, selain meningkatkan keselamatan jalan raya, program itu bertujuan mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Sumber:BERNAMA