Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Kerajaan Lancar Program Geran Padanan
Kredit: MOT

Kerajaan Lancar Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan 20 Tahun

BERNAMA

Kerajaan Lancar Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan 20 Tahun

PUTRAJAYA, 27 Jan (Bernama) -- Kerajaan hari ini melancarkan inisiatif nasional untuk menggalakkan rakyat menggantikan kenderaan berusia 20 tahun ke atas dengan penawaran insentif sehingga RM4,000.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Program Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama berjumlah RM10 juta di bawah Belanjawan 2026 itu bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan lama yang tidak lagi selamat, tidak cekap bahan api dan tidak memenuhi piawaian keselamatan semasa, selain merancakkan permintaan terhadap kenderaan baharu keluaran tempatan.

Insentif tersebut akan membolehkan pemilik kenderaan yang layak menerima sehingga RM2,000 daripada pengeluar tempatan, yang akan dipadankan oleh kerajaan bagi memberikan manfaat keseluruhan sebanyak RM4,000 untuk pembelian kenderaan baharu.

Beliau mendedahkan bahawa 4.07 juta atau 20.7 peratus daripada 19.69 juta kenderaan berdaftar di negara ini mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) tidak aktif selama sekurang-kurangnya tiga tahun, menunjukkan jumlah kenderaan lama dan terbiar yang semakin membimbangkan.

“Kebanyakan kenderaan ini berpotensi besar telah terbiar, yang boleh menimbulkan risiko keselamatan, pencemaran alam sekitar serta gangguan kepada komuniti setempat jika tidak diuruskan secara sistematik,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program itu di sini hari ini.

Loke berkata langkah itu penting bagi mengurangkan bilangan kenderaan lama yang tidak lagi sesuai dipandu di jalan raya (roadworthy), sekali gus mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Mengeluarkan kenderaan lama daripada jalan raya bukan sekadar langkah pentadbiran, sebaliknya satu bentuk intervensi keselamatan yang mampu mencegah tragedi, mengurangkan kecederaan dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Kenderaan yang dihantar untuk penggantian wajib dilupuskan melalui pusat pelupusan berlesen atau Pusat Kemudahan Rawatan Automatif Berlesen (AATF) bagi memastikan proses pelupusan mematuhi undang-undang dan piawaian alam sekitar.

Program itu turut disokong oleh Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) yang membolehkan pemilik membatalkan pendaftaran secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Selain memberikan manfaat kepada rakyat, program ini turut menyokong industri automotif tempatan, meningkatkan permintaan domestik serta merancakkan aktiviti ekonomi dalam rantaian industri automotif dan sektor kitar semula,” katanya.

Loke turut menggalakkan semua yang layak memanfaatkan peluang ini bukan sahaja untuk penjimatan kos tetapi juga demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata jika sambutan menggalakkan, kementeriannya akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk peruntukan tambahan bagi menangani isu lambakan kenderaan lama dengan lebih menyeluruh.

Inisiatif berkenaan juga akan diperluas kepada pemandu teksi melalui program khusus yang akan diumumkan kelak.