Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Anugerah FIFA 2024
Gambar: BBC

FIFA Umum Senarai Finalis Bagi Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2024

Hannah

FIFA Umum Senarai Finalis Bagi Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2024

Peminat bola sepak sekali lagi berdebar-debar menantikan Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA edisi 2024 yang bakal berlangsung pada Januari 2025.

Lionel Messi dan Aitana Bonmatí, dua nama besar yang pernah menjulang trofi ini, kembali menjadi tumpuan sebagai calon utama dalam anugerah berprestij ini.

Sejak diperkenalkan sembilan tahun lalu, Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA menjadi platform penting untuk mengiktiraf pemain, jurulatih,dan pasukan terbaik di peringkat kelab dan kebangsaan, bagi kategori bola sepak lelaki dan wanita.

Seperti biasa, calon Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA selalu mendapat perhatian

Senarai penuh calon yang diumumkan pada 28 November lalu menampilkan bintang-bintang cemerlang yang memberikan aksi luar biasa sepanjang tahun.

Tidak kira sama ada di padang hijau bersama kelab masing-masing atau dalam kancah perlawanan antarabangsa, mereka telah membuktikan kehebatan di arena bola sepak.

Antara nama besar dalam kategori Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA termasuk Lionel Messi, yang kini beraksi untuk Inter Miami, serta Kylian Mbappe yang memukau dengan kehebatannya bersama Paris Saint-Germain dan Real Madrid.

Erling Haaland, penyerang berbisa Manchester City, turut berada dalam senarai bersama pemain tengah sensasi Real Madrid, Jude Bellingham.

Bukan itu sahaja, beberapa bintang muda seperti Lamine Yamal dari Barcelona dan Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen turut mencuri tumpuan sebagai pemain dengan masa depan ‘cerah’ dalam bidang ini.

Berikut adalah senarai penuh calon Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA:

  • Dani Carvajal (Sepanyol), Real Madrid

  • Erling Haaland (Norway), Manchester City

  • Federico Valverde (Uruguay), Real Madrid

  • Florian Wirtz (Jerman), Bayer Leverkusen

  • Jude Bellingham (England), Real Madrid

  • Kylian Mbappe (Perancis), Paris Saint-Germain/Real Madrid

  • Lamine Yamal (Sepanyol), Barcelona

  • Lionel Messi (Argentina), Inter Miami

  • Rodri (Sepanyol), Manchester City

  • Toni Kroos (Jerman), Real Madrid (kini bersara)

  • Vinicius Jr (Brazil), Real Madrid

Selain itu, berikut pula adalah senarai calon bagi anugerah FIFA lainnya bagi tahun 2024.

1. Anugerah Pemain Wanita Terbaik FIFA

  • Aitana Bonmati (Spain), Barcelona

  • Barbra Banda (Zambia), Shanghai Shengli/Orlando Pride

  • Caroline Graham Hansen (Norway), Barcelona

  • Keira Walsh (England), Barcelona

  • Khadija Shaw (Jamaica), Manchester City

  • Lauren Hemp (England), Manchester City

  • Lindsey Horan (USA), Olympique Lyonnais

  • Lucy Bronze (England), Barcelona/Chelsea

  • Mallory Swanson (USA), Chicago Red Stars

  • Mariona Caldentey (Spain), Barcelona/Arsenal

  • Naomi Girma (USA), San Diego Wave

  • Ona Batlle (Spain), Barcelona

  • Salma Paralluelo (Spain), Barcelona

  • Sophia Smith (USA), Portland Thorns

  • Tabitha Chawinga (Malawi), Paris Saint-Germain/Olympique Lyonnais

  • Trinity Rodman (USA), Washington Spirit

2. Anugerah Jurulatih Wanita Terbaik FIFA

  • Arthur Elias (Brazil), Brazil

  • Elena Sadiku (Sweden), Celtic

  • Emma Hayes (England), Chelsea/USA

  • Futoshi Ikeda (Japan), Japan

  • Gareth Taylor (England), Manchester City

  • Jonatan Giraldez (Spain), Barcelona/Washington Spirit

  • Sandrine Soubeyrand (France), Paris FC

  • Sonia Bompastor (France), Olympique Lyonnais/Chelsea

3. Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA

  • Carlo Ancelotti (Italy), Real Madrid

  • Lionel Scaloni (Argentina), Argentina

  • Luis de la Fuente (Spain), Spain

  • Pep Guardiola (Spain), Manchester City

  • Xabi Alonso (Spain), Bayer Leverkusen

4. Anugerah Penjaga Gol Wanita Terbaik FIFA

  • Alyssa Naeher (USA), Chicago Red Stars

  • Ann-Katrin Berger (Germany), Chelsea/NJ/NY Gotham

  • Ayaka Yamashita (Japan), INAC Kobe Leonessa/Manchester City

  • Cata Coll (Spain), Barcelona

  • Mary Earps (England), Manchester United/Paris Saint-Germain

5. Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik FIFA

  • Andriy Lunin (Ukraine), Real Madrid

  • David Raya (Spain), Arsenal

  • Ederson (Brazil), Manchester City

  • Emiliano Martinez (Argentina), Aston Villa

  • Gianluigi Donnarumma (Italy), Paris Saint-Germain

  • Mike Maignan (France), AC Milan

  • Unai Simon (Spain), Athletic Club

BACA: Ramai Terkejut Lihat Keadaan Terkini Pelumba Legenda Moto2, Axel Pons

BACA: Tiada Kelibat Pemain Utama JDT, Ini Senarai 26 Pemain Harimau Malaysia Ke Piala AFF

BACA: Ini Senarai Atlet Malaysia Yang Layak Ke BWF World Tour Finals 2024

Sumber: Olympics, Football on TNT Sports