Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Keadaan terkini Axel Pons
Sumber: Oddity Central
Tiada Kategori

Ramai Terkejut Lihat Keadaan Terkini Pelumba Legenda Moto2, Axel Pons

Hannah

Ramai Terkejut Lihat Keadaan Terkini Pelumba Legenda Moto2, Axel Pons

Nama Axel Pons mungkin sudah tidak asing bagi peminat perlumbaan motosikal, terutamanya dalam dunia Moto2.

Anak lelaki kepada Sito Pons, legenda MotoGP itu dahulunya dilihat aktif beraksi dalam sukan permotoran selain pernah memenangi dua kejuaraan dunia.

Gambar: AFP

Namun, selepas beberapa pencapaian dalam kariernya, termasuk tempat ke-16 dalam Kejuaraan Dunia Moto2 2016, Axel membuat keputusan mengejutkan untuk mengubah haluan hidupnya.

Pada tahun 2017, Axel Pons berhenti daripada dunia perlumbaan motosikal dan memfokuskan diri dalam bidang fesyen.

Setelah bekerja sebagai seorang model, beliau hilang dari perhatian umum sehinggalah muncul semula pada tahun 2019 dalam satu temu bual bersama akhbar Sepanyol, El Pais.

Dalam temu bual tersebut, Axel menyatakan hasratnya untuk ‘memperlahankan’ hidup dan meninggalkan kehidupan lama yang penuh tekanan.

BACA: Pernah Viral Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan, Netizen Terkejut Lihat Gambar Terkini ‘Mowgli Malaysia’

Namun, tidak ada yang menjangkakan perubahan besar yang bakal dilalui oleh Axel.

Baru-baru ini, keadaan terkini Axel mencuri perhatian apabila dia dilihat berkaki ayam di tempat yang jauh daripada tanah airnya.

“Pada suatu ketika, saya mula bertanya kepada diri sendiri, apa erti hidup dalam kelajuan yang begitu tinggi?

“Saya berjalan dengan lebih perlahan, tanpa beban, hanya dengan beg galas dan berjalan,” kata Axel.

Perjalanan Axel bermula dari negara asalnya, Sepanyol, di Eropah Barat.

Dengan langkah perlahan, beliau menuju ke arah timur, menikmati keindahan dunia di sekelilingnya.

Apa yang menjadikan kisahnya lebih menarik adalah pilihan untuk berjalan tanpa kasut, dan keputusan ini bertahan selama enam tahun.

Dalam satu video yang baru-baru ini tular di YouTube, Axel dilihat sedang berjalan di Pakistan dengan rambut ‘dreads’ tebal, penampilan yang sedikit kusam, dan tanpa sebarang alas kaki.

“Saya sudah berjalan tanpa kasut selama enam tahun, hanya memakai crocs apabila terpaksa,” katanya sambil menunjukkan tapak kakinya yang keras dan hitam.

BACA: Siap Ada Kompang, Majlis Perkahwinan Ala Melayu Keluarga Cina Ini Curi Tumpuan

Axel, yang pernah berlumba dalam 10 musim Moto2 dari 2008 hingga 2017, kini dalam perjalanan panjang yang bermula di Sepanyol dan menuju ke timur.

“Sekitar 15 bulan yang lalu, saya merasakan saya bersedia untuk berjalan ke timur, menuju matahari terbit. Itulah yang saya lakukan sepanjang tahun lalu, dan ia sangat indah.

“Saya mula berjalan dengan lebih perlahan, menikmati setiap detik kehidupan” kata Axel dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube Wahaj Ali.B.

Bagi Axel, perjalanan ini bukan sekadar satu aktiviti fizikal buatnya, tetapi juga spiritual.

“Pada satu ketika, tiada yang lebih bermakna daripada berjalan dan melepaskan segala beban yang terkumpul dalam hidup, serta menginginkan penyatuan penuh dengan Allah atau Tuhan,” ujarnya lagi.

Setelah berjalan sejauh 6,500 km dari Sepanyol hingga ke Pakistan, Axel kini menghadapi cabaran untuk meneruskan perjalanan.

Beliau sebenarnya mahu meneruskan perjalanan ke India, namun terhalang masalah visa. Kini, Axel sedang mempertimbangkan untuk memasuki China dan cuba menyeberang ke India dari sana.

BACA: Pak Cik Ni Viral Lagi, Kali Ni ‘Comeback’ Sebab Tiub Oksigen ‘Salah Lobang’

Sumber: Oddity Central