Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Shuhaily Tidak Dapat Terima Pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

Shuhaily Tidak Terima Pelantikan Timbalan Pengerusi
Kredit: Bernama

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan bolasepak Malaysia itu.

Menerusi satu kenyataan rasmi FAM memaklumkan, keputusan Shuhaily untuk menolak pelantikan berkenaan susulan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah AKPS.

“FAM ingin memaklumkan bahawa Dato' Sri Mohd Shuhaily tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM berikutan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah AKPS,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Shuhaily Tidak Terima Pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

FAM bagaimanapun menghormati keputusan beliau di samping turut merakamkan penghargaan kepada Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini.

“FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu FAM dalam memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus,” ujarnya.

Dalam pada itu, FAM juga akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus FAM.

Sebelum ini, FAM telah mengumumkan pelantikan Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Intipati
  • Mohd Shuhaily tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM.
  • FAM berkata keputusan itu dibuat berikutan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah AKPS.
  • FAM menghargai komitmen Shuhaily dan akan terus memberi perhatian kepada fungsi jawatankuasa integriti.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan