Gara-gara silap faham, habis satu kementerian Malaysia ‘diserang’. Inilah yang dilakukan segelintir netizen Indonesia yang tersalah tafsir kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemaskini perkembangan COVID-19 di Malaysia.
Sebuah akaun Instagram berpangkalan di Indonesia baru-baru ini memuatnaik gambar Dr Noor Hisham dengan kapsyen negatif.
“Woi, negara kau dulu yang banyak kena korona daripada kami. Orang ni cakap sembarangan..” tulis admin laman itu.
Dia turut menggesa orang ramai agar mencari dan menyerang Instagram Dr Noor Hisham.

Dalam kenyataan Dr Noor Hisham semalam, beliau berkata lebih 70 peratus kes pengembara Malaysia positif COVID-19 adalah terdiri daripada rakyat yang pulang dari Indonesia.
Namun mereka dipercayai menganggap kenyataan itu bermaksudkan 70 peratus kes koronavirus di Malaysia adalah diimport dari negara mereka.
Lebih membingungkan, mereka sendiri membaca kenyataan dari CNN Indonesia yang dikepil pada kapsyen, yang kemudiannya turut disalah erti.
Susulan itu, segelintir pengikut laman berkenaan komen negatif kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hero negara itu.



Bagi menjernihkan kemusykilan, ada rakyat Malaysia yang tampil memberi penjelasan.


Malah ada individu dipercayai warga Indonesia sendiri tampil membela Malaysia.


Sumber: Instagram