Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gaya & Prestasi Bersatu: OMODA & JAECOO Rakan Automotif KLFW 2026

GAYA

Gaya & Prestasi Bersatu: OMODA & JAECOO Rakan Automotif KLFW 2026

OMODA & JAECOO Malaysia berbangga mengumumkan pelantikannya sebagai Rakan Automotif Rasmi Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, sekali gus memperkukuh komitmen jenama terhadap pengalaman premium dan gaya hidup kontemporari.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, OMODA & JAECOO Malaysia akan memperkenalkan pratonton pertama kepada orang ramai bagi OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV yang dinanti-nantikan, menjelang pelancaran rasminya di pasaran.

Pengarah Pemasaran OMODA & JAECOO Malaysia, Jackie Chua berkata, “Kenderaan OMODA sentiasa tampil berbeza menerusi reka bentuk futuristik, prestasi dan daya tarikan berteraskan teknologi yang dekat dengan cita rasa pengguna moden hari ini. Kerjasama kami bersama Kuala Lumpur Fashion Week 2026 mencerminkan komitmen OMODA & JAECOO terhadap inovasi, kreativiti dan gaya hidup kontemporari.”

“Pengiktirafan sebagai Rakan Automotif Rasmi bagi acara fesyen terkemuka di Malaysia ini menempatkan jenama kami di persimpangan antara inovasi automotif dan dunia fesyen berkelas tinggi, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan premium serta daya tarikan OMODA & JAECOO yang semakin mendapat perhatian,” tambah beliau.

Direka untuk generasi baharu yang mementingkan gaya dan didorong oleh teknologi, OMODA C7 mencerminkan komitmen OMODA dalam menawarkan kenderaan yang menggabungkan elemen fesyen, inovasi dan kepraktisan untuk kegunaan harian secara harmoni.

Berlatarbelakangkan Kuala Lumpur Fashion Week 2026 yang penuh bergaya dan berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026 di Esplanade, KLCC Park, OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV akan membuat penampilan sulung kepada orang ramai di Malaysia.

OMODA C7 serba baharu menampilkan evolusi terbaharu falsafah reka bentuk ikonik OMODA, “Art in Motion”, dengan menggabungkan permukaan berukir, bahagian hadapan tanpa bingkai yang berani serta bentuk aerodinamik bagi menghasilkan sebuah crossover kontemporari yang menyerlahkan karakter ekspresif dan sofistikated.

SUV ini menyerlahkan bahasa reka bentuk berani OMODA menerusi bahagian hadapan tersendiri berinspirasikan muncung jerung, elemen pencahayaan LED yang anggun serta gril parametrik sewarna badan. Motif pencahayaan heksagon bercahaya yang menjadi identiti model ini menyerlahkan lagi penampilan futuristiknya, manakala rim aloi gaya turbin bersaiz 20 inci melengkapkan penampilannya yang terserlah dan memberikan kehadiran yang lebih yakin di atas jalan raya.

OMODA C7 akan ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa bagi memenuhi pelbagai keutamaan pemanduan.

Pelanggan boleh memilih antara enjin petrol pengecas turbo 1.6 liter yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (DCT), atau OMODA C7 PHEV yang dilengkapi Sistem Hibrid Super (SHS) terbukti milik OMODA & JAECOO. Varian hibrid plug-in ini menggabungkan enjin pengecas turbo 1.5 liter dengan Transmisi Hibrid Khusus (DHT), menawarkan kecekapan yang mengagumkan serta jarak pemanduan dunia sebenar yang luar biasa.

Di dalam kabin, OMODA C7 menawarkan ruang dalaman premium berteraskan teknologi yang direka dengan mengutamakan kesalinghubungan, keselesaan dan kemudahan harian. Papan pemuka minimalis dilengkapi paparan infotainmen 15.6 inci, bahan dalaman premium serta ciri kemudahan yang dirancang dengan teliti, termasuk pengecas telefon pintar tanpa wayar 50W, bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mewah dan sofistikated.

Melengkapkan pameran kenderaan tersebut, OMODA & JAECOO Malaysia turut memperkenalkan kerjasama istimewa bersama BEHATI, sebuah label fesyen kontemporari Malaysia yang terkenal dengan gabungan busana tradisional budaya Malaysia dan gaya pakaian jalanan moden berunsurkan avant-garde. Kerjasama eksklusif ini meraikan kreativiti berani dan reka bentuk berfikiran ke hadapan, selari dengan falsafah progresif yang dibawa oleh OMODA C7.

Pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV serta merasai pengalaman masa depan OMODA menerusi pameran imersif sepanjang acara jelajah awam yang berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026 di Suria KLCC.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai OMODA C7 dan aktiviti jenama yang lain, ikuti OMODA & JAECOO Malaysia di platform media sosial rasmi atau layari laman web OMODA & JAECOO Malaysia.

Intipati
  • OMODA & JAECOO Malaysia diumumkan sebagai Rakan Automotif Rasmi Kuala Lumpur Fashion Week 2026.
  • OMODA C7 dan C7 PHEV akan membuat penampilan sulung awam di Malaysia.
  • Model C7 ditawarkan dengan pilihan enjin petrol turbo 1.6 liter atau hibrid plug-in.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan