Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

GCEO Astro Malaysia Umum Peletakan Jawatan

Hannah
Astro Malaysia
Gambar: Astro Malaysia Holdings Berhad

GCEO Astro Malaysia Umum Peletakan Jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Euan Smith mengumumkan pengundurannya daripada Astro Malaysia Holdings Berhad selepas enam tahun bersama syarikat media dan hiburan itu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Astro memaklumkan keputusan berkenaan dibuat ketika proses transformasi dan peralihan platform syarikat berada dalam kedudukan yang stabil serta kukuh.

Menurut syarikat itu, keadaan tersebut menjadikan masa ini sesuai untuk pelantikan kepimpinan baharu bagi menerajui fasa pertumbuhan dan hala tuju perniagaan seterusnya.

Euan mula menyertai Astro pada April 2020 sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TV. Beliau kemudian dilantik sebagai GCEO pada Februari 2023 sebelum menerajui keseluruhan operasi dan strategi syarikat.

Euan Smith kekal sebagai penasihat Lembaga Pengarah Astro

Walaupun melepaskan jawatan GCEO, Euan akan terus memainkan peranan sebagai penasihat dengan menyediakan khidmat nasihat teknikal serta sokongan kepada Lembaga Pengarah Astro sehingga 6 Disember 2026.

Pada masa sama, Lembaga Pengarah Astro merakamkan penghargaan atas kepimpinan, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya, selain mendoakan kejayaan Euan dalam apa jua bidang yang bakal diceburi selepas ini.

Henry Tan dilantik sebagai GCEO Interim

Bagi memastikan kelancaran peralihan kepimpinan, Astro telah melantik Henry Tan sebagai GCEO Interim berkuat kuasa 16 Jun 2026 sementara proses pencarian calon tetap bagi jawatan tersebut dijalankan.

Henry bukanlah nama asing dalam Astro kerana beliau pernah memegang jawatan GCEO syarikat itu dari Februari 2019 hingga Januari 2023.

Dalam peranan baharunya, beliau akan bertanggungjawab memimpin syarikat secara keseluruhan serta memantau prestasi dan operasi Astro dengan sokongan pasukan kepimpinan eksekutif.

Astro kini merupakan antara syarikat kandungan dan hiburan terbesar di Malaysia dengan lebih 5.2 juta isi rumah sebagai pelanggan, selain menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira 8,900 perusahaan serta jutaan pengguna melalui platform televisyen, radio, digital dan jalur lebar.

Sumber:Awani