Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Geram Taknak Tidur Malam, Rakaman Wanita Tak Dapat Kawal Emosi ‘Campak’ Anak Atas Tilam, Lepas 18 Saat Ini Yang Terjadi

Gambar: VCARE Baby's SHOP

Satu video yang memaparkan seorang wanita yang berusaha untuk menidurkan anak kecilnya di dalam bilik telah menjadi tular di media sosial.

Seperti yang semua orang tahu, kanak-kanak kecil ini mempunyai pelbagai ragam ketika tiba di waktu malam.

Jikalau dahulunya ibu bapa boleh tidur lena dengan tenang, namun selepas ada anak kecil ini, pastinya tidur yang tenang itu sukar untuk dirasai lagi.

Seperti kisah yang terjadi dalam satu video yang tular di Facebook ini, seorang wanita dilihat sedang berusaha untuk menidurkan anaknya yang tampak belum mahu tidur lagi.

Di satu ketika, oleh kerana sudah tidak dapat mengawal emosi, dia secara tidak sengajanya telah mencampakkan anaknya itu di atas katil tersebut.

Namun tidak lama kemudian, setelah memerhatikan kelakuan anaknya sedang menangis selepas dicampak, dia seakan-akan merasa bersalah kerana telah bertindak sedemikian.

Dia kemudiannya kembali memujuk anaknya itu serta memeluknya semula. Dan secara ajaibnya, keadaan menjadi tenang kembali dan anaknya itu pula berhenti daripada menangis.

Sebilangan warganet yang melihat video berkenaan mengakui bahawa mereka juga pernah melalui pengalaman yang sama dengan wanita berkenaan gara-gara terlampau letih menguruskan anak mereka.

Sumber: VCARE Baby’s SHOP