Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gerhana Bulan Penuh Warnai Malam Ramadan 3 Mac Ini

Sofea
Gerhana Bulan Penuh
Kredit: NASA

Gerhana Bulan Penuh Warnai Malam Ramadan 3 Mac Ini

Tidak lama lagi, kita semua dapat menyaksikan satu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu gerhana bulan penuh.

Pada 14 Ramadan bersamaan 3 Mac, langit akan dilatari dengan gerhana bulan itu yang berwarna kemerahan ketika kemuncaknya.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan berkata ini merupakan peluang ibadah istimewa buat umat Islam.

"Fenomena ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT yang disyariatkan untuk diisi dengan ibadah," katanya.

Justeru, orang ramai boleh melaksanakan solat sunat gerhana bulan di masjid atau surau sama ada selepas Maghrib atau selepas Isyak.

"Gerhana berlaku antara 7.26 malam higga 9.17 malam. Sepanjang tempoh ini, umat Islam disunatkan menunaikan solat sunat gerhana bulan.

"Mari bersama menghidupkan malam ramadan, mengimarahkan masjid dan menghayati tanda kekuasaan Allah," katanya.

Gerhana bulan penuh atau turut dikenali sebagai blood moon biasanya berlaku apabila bumi berada tepat di antara matahari dan bulan, menghasilkan bayang-bayang yang besar di permukaan bulan.

Semasa gerhana, bulan kelihatan berwarna merah tua atau jingga. Ia berlaku kerana bumi menyekat sebahagian besar cahaya matahari daripada sampai ke bulan.

Cahaya yang sampai ke permukaan bulan ditapis melalui bahagian atmosfera bumi yang tebal, seolah-olah semua matahari terbit dan terbenam di dunia diunjurkan ke bulan.