Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lelaki buat kejutan isteri
Kredit: Qama

Gigih Hias Sendiri, Lelaki Buat Kejutan Istimewa Hargai Isteri Lepas Bersalin

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Gigih Hias Sendiri, Lelaki Buat Kejutan Istimewa Hargai Isteri Lepas Bersalin

Perjuangan seorang ibu yang hamil dan bersalin tidak dapat digambarkan jerih-perihnya. Sudahlah menghadapi cabaran mengandungkan zuriat selama sembilan bulan, ditambah pula kesakitan kontraksi ketika bersalin. Jika tidak mendatangkan bahaya kepada nyawa si ibu, sudah tentu tidak akan ada berita kematian para ibu setelah melahirkan zuriat.

Para ibu memerlukan rehat yang panjang selepas proses kelahiran, yang kita sebut tempoh berpantang. Sepanjang tempoh ini, para ibu memerlukan rehat dan rawatan bagi memulihkan kecederaan yang dialami ketika bersalin.

BACA: Ada Lebih 60 Ciptaan, Profesor Hebat UPM Ini Digelar ‘Ratu Mesin IKS’

Sokongan yang diberi oleh para suami ketika ini amat diperlukan oleh isteri. Ia bukan sahaja dapat memberi kesan emosi mendalam, malah menambah rasa kasih dan sayang buat pasangan hidup yang prihatin dengan keadaannya.

Itulah yang dilakukan oleh salah seorang pengguna TikTok, Qamarul Arifin Zainal apabila memberikan kejutan istimewa untuk isteri tercinta selepas selamat melahirkan zuriatnya.

BACA: Tersergam Indah, Kenali Masjid Ali Yang Diiktiraf UNESCO

Menerusi video perkongsiannya, Qamarul merakamkan persiapannya membuat kejutan buat isterinya.

Kredit: Qama

Bermula dengan membuat sendiri jambangan bunga mawar, dia juga mempersiapkan bilik dengan tema merah jambu.

“Nak pink (dan) white je sebab baby girl,” katanya.

Tanpa menggunakan helium, Qamarul meniup sendiri belon yang kemudiannya digantung dari siling bilik. Sekotak perhiasan emas turut diletakkan di dalam beg berwarna merah jambu.

Kredit: Qama

Biarpun kelihatan ringkas, usahanya menggembirakan hati si isteri yang sedang menanggung kesakitan setelah melahirkan puteri mereka mendapat pujian warganet yang turut terharu.

Thank you bang sebab jaga dan menghargai isteri dengan baik. Alhamdulillah. Hanya lelaki sejati saja yang faham pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat,” puji seorang warga maya.

BACA: 4 Beranak Semua Jadi Tentera, Rupanya Ni Cara Didikan Ayah Lt Kdr Chan

“Sampai bila-bila dia akan ingat moment ni bang. Lepas tu nanti cerita dekat anak menantu pula,” ujar seorang lagi.

“Suami saya dia tak buat semua ni. Tapi dia ulang alik hospital selama seminggu tengok saya sehari dua kali datang. Lepas tu bawa balik baby, dia jaga dengan mak dia. Dia kata sampai tertidur dekat sofa. Penat,” kongsi seorang warga maya.

“Suami saya punya surprise bawa balik kereta sebiji. Walaupun (kereta) terpakai tetapi effort dia tu rasa dihargai sangat. Surprise 10 years anniversary dan bersalin anak ketiga,” kongsi seorang lagi.

Sumber: Qama