Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gol ‘Pengantin Baru’ Kunci Kemenangan Real Madrid
Juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) tidak berdepan masalah selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Stuttgart di Santiago Bernabeu awal pagi tadi, petik Stadium Astro.
Pada babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selain aksi cemerlang Thibaut Courtois, penjaga gol Real Madrid menafikan beberapa peluang Stuttgart mencetak gol pendahuluan.
Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua bermula, bintang Perancis, Kylian Mbappe membuka tirai jaringan pada minit ke-46, selepas menerima hantaran Rodrygo.
Gol itu menyentap semangat pemain-pemain lawan apabila Denis Undav kembali meletakkan skor seimbang pada minit ke-68.

Bagaimanpun, juara Eropah 15 kali berada di kelas tersendiri apabila Antonio Rudiger kembali meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-83.
Manakala Endrick yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama pasangan hidupnya meranapkan impian Stuttgart untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata dengan gol lewat perlawanan.
“Saya sangat gembira dengan gol ini. Ini yang saya mahu lakukan dalam hidup saya. Saya gembira di sini,” ujar Endrick sewaktu ditemubual selepas perlawanan.
Baru-baru ini, teman wanita penyerang muda Real Madrid itu, Gabriely Miranda mengumumkan perkahwinan mereka dalam satu hantaran di Instagram.
Difahamkan, pasangan itu saling mengenali antara satu sama lain kurang setahun lalu.
Endrick yang masih berusia 18 tahun itu memilih Miranda juga seorang pempengaruh sebagai teman hidupnya.
Bekas pemain Palmeiras itu juga sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai kontrak hubungan bersama Miranda.
Dalam kontrak tersebut, Endrick dilarang daripada mempunyai teman wanita maya di Grand Theft Auto.
Pemain itu juga tidak dibenarkan meninggalkan komen pada akaun Instagram gadis lain.
Endrik yang menyertai Real Madrid pada jendela perpindahan baru-baru ini telah membuat empat penampilan dan menjaringkan dua gol termasuk semalam.
Sumber: Stadium Astro