Lebih 2 tahun semenjak Covid-19 melanda Malaysia, sedar atau tidak, sudah lama kita tidak mendengar jangkitan influenza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak lama dilaksanakan.
Sekarang, orang ramai sudah mula bersosial seperti biasa disebabkan kerajaan telah mengumumkan bahawa negara akan beralih ke fasa endemik. Oleh itu, penyakit influenza yang disebabkan oleh selsema ini dibimbangi menyerang masyarakat kembali.
Apa yang lebih membimbangkan, disebabkan PKP terlalu lama, masyarakat mengalami krisis kewangan, selain ditambah pengurangan tenaga kerja di kebanyakan industri dalam negara.
Golongan yang terkesan teruk akibat krisis kewangan adalah B40. Bermula April ini, kelonggaran yang diberikan bukanlah tiket untuk masyarakat ‘bersenang’. Bukan sahaja virus Covid-19 yang wujud tetapi masih banyak virus yang terdapat di luar sana termasuk influenza.
Bersempena kempen “Flu Prevention is an Act of Love” yang diadakan sejak tahun 2019, tahun ini kempen tersebut memfokuskan golongan warga emas yang mempunyai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kronik.
Berbalik kepada golongan B40, sama juga seperti Covid-19, inluenza sangat berisiko untuk menyerang kita, malah ia tidak mengira usia siapakah ‘mangsanya’, lebih-lebih lagi bagi golongan sebegini.
Golongan ini perlu berhati-hati kerana sebaiknya “mencegah sebelum merawat” kerana memerlukan banyak kos seperti ubat-ubat. Dengan isu krisis kewangan akibat PKP. Sebaiknya mereka hanya perlu mendapatkan suntikan ‘flu’ untuk mengurangkan risiko terkena influenza dan selesema biasa.
Menurut pakar, Profesor NathanVytialingam, “Penyakit flu boleh membawa kesan yang buruk kepada warga emas dan keluarga mereka.
“Apabila ibu bapa yang berumur dimasukkan ke hospital, anak-anak mereka mungkin terpaksa menanggung kos rawatan. Sekiranya pemulihan memakan masa yang lama dan berlarutan, penjaga mungkin perlu mengambil cuti daripada kerja.
“Kedua-dua situasi ini akan menimbulkan kesukaran kepada keluarga, terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah,” jelasnya.
Penyakit yang boleh terkena akibat influenza
Antara penyakit yang boleh dijangkiti termasuklah Pneumonia iaitu penyakit kedua tertinggi di Malaysia, selain radang otak, kegagalan pelbagai organ, radang jantung, radang tisu otot dan sepsis (jangkitan dalam darah).
Perkara ini perlu diambil serius kerana masih ramai yang menganggap selsema hanya penyakit biasa, tambahan pula sekarang mereka sedang leka dengan COVID-19.
Langkah yang boleh diambil bagi mencegah influenza
Selsema atau influenza perlu diambil serius terutamanya warga emas, lebih-lebih lagi bagi mereka yang termasuk di bawah golongan B40.
Oleh itu, bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat. Tambahan pula, langkah-langkah untuk mencegah penyakit ini juga amat mudah.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah influenza ini termasuklah dengan mengambil suntikan vaksin. Dengan suntikan tersebut, kita dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit ini.
Selain itu, kita juga perlu kerap mencuci tangan dengan sabun dan air untuk membasmi kuman. Langkah ini juga agak efektif untuk melindungi diri daripada penyakit ini.
Langkah terakhir yang boleh diambil adalah dengan elakkan menyentuh permukaan dengan kerap. Hal ini kerana kita berpotensi tinggi untuk mendapat influenza.
Kesimpulannya, penyakit influenza ataupun flu ini mungkin sudah lama kita dengari, namun janganlah mengambil mudah kerana risiko untuk mati akibat penyakit ini tetap ada.
Oleh itu, kesihatan diri adalah tanggungjawab kita semua dan ia sangat bersesuaian dengan prinsip “Mencegah lebih baik daripada merawat.”
Sumber: forum online Flu Prevention is an Act of Love
