Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Grab baru sahaja naik taraf sistem GrabRewards kepada GrabCoins kat seluruh Asia Tenggara. Dari Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar sampai Vietnam (GrabXu), pengguna boleh mula kumpul dan guna GrabCoins dengan update aplikasi ke versi 5.380.0 ke atas.
Order Food, Delivery, Transport, Express, Mart.
Bayar guna GrabPay, PayLater, GXS Bank/GXBank di pasaran terpilih.
Bonus 0.5X–5X ada untuk cara bayaran tertentu dan tindakan tertentu.
Ada lagi: jadi hos GrabFood Group Orders, tempah meja Grab Dine Out, guna Advance Booking, Partner App baru, atau shopping kat kedai fizikal macam Jaya Grocer, semua itu boleh bagi extra GrabCoins.
Tebus terus masa checkout Food & Mart.
Kurangkan jumlah bayar, terus nampak penjimatan.
Laman GrabCoins dalam app tunjuk cara paling sesuai untuk kumpul & tebus ganjaran ikut gaya korang sendiri.



Lebih mudah tengok berapa GrabCoins dah ada, berapa boleh dapat setiap transaksi, dan berapa boleh guna. Tebus terus untuk kurangkan pembayaran.
Semua Mata GrabRewards lama akan auto tukar jadi GrabCoins bila update app. Contoh: 2000 GrabRewards → 2000 GrabCoins.
Tarikh penting: Baki GrabCoins setakat 17 Nov 2025 & yang diperoleh hingga 31 Dis 2025 → luput 31 Julai 2026.
Disyorkan guna dalam 6 bulan lepas dapat untuk maksima manfaat. Dengan GrabCoins, lebih banyak cara untuk berjimat dan kumpul ganjaran setiap hari. Jadi jangan lupa update app korang.