Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
gudang cat terbakar
Gambar: Video Tular

Gudang Simpanan Cat Terbakar Punca Asap Hitam Penuhi Ruang Udara

Iqbal Yasir

Gudang Simpanan Cat Terbakar Punca Asap Hitam Penuhi Ruang Udara

BUKIT MERTAJAM, 10 Mei (Bernama) — Sebuah gudang yang menyimpan cat serta pelarut di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat di sini musnah dalam kebakaran hari ini dan kepulan asap tebal hitam boleh dilihat dari jarak lebih 10 kilometer.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.27 tengah hari dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda terus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah gudang simpanan cat dan pelarut berkeluasan 10,000 kaki persegi di kilang itu sedang terbakar iaitu lebih 70 peratus sebelum merebak ke premis bersebelahan iaitu sebuah gudang menyimpan bahan metanol dan toluena.

“Pihak bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan dengan dibantu oleh BBP serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kebakaran itu berjaya dikawal daripada merebak ke gudang lain di kawasan itu pada 2.50 petang dan setakat 4 petang, operasi pemadaman masih diteruskan.

Mohamad Shoki berkata operasi itu membabitkan lebih 100 anggota dan pegawai BBP Bukit Mertajam, Sungai Bakap, Batu Kawan dan Jalan Perak serta PBS berhampiran.

“Operasi akan diteruskan sehingga pihak bomba memastikan semua api dan bara di kawasan kilang itu telah berjaya dipadamkan sepenuhnya bagi memastikan ia selamat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata komander operasi turut melaporkan tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Terdahulu, penduduk Pulau Pinang digemparkan dengan kepulan asap hitam tebal memenuhi ruang udara di Bukit Mertajam yang boleh dilihat dari bahagian pulau negeri itu dan kejadian itu turut dikongsikan di media sosial.

Sumber: Bernama